Pelakon Nur Fathia membuat pengakuan di mana hubungan cintanya dengan Aiman Hakim Redza sudah berakhir. Setelah dua tahum menyulam cinta, akhirnya hubungan dua pelakon ini berakhir di tengah jalan.
"Kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang."
Fatha dan Aiman ialah antara pasangan yang popular dan ramai berharap hubungan mereka berkahir dengan ikatan perkahwinan. Namun segalanya hanya sementara dan Fathia menerima ketentuan takdir.
Ramai yang menantikan untuk melihat mereka berdua ke jinjang pelamin selepas dinobatkan sebagai pasangan paling serasi dan sepadan pada tahun 2014. Fathia yang mengakui hubungan mereka sudah putus menerima segala kententuan takdir.
Masih sayangkan Aiman
Fathia turut mengakui dia masih sayangkan Aiman dan merasakan seolah-olah hilang tempat mengadu kerana aktor itu adalah lelaki yang paling rapat dengannya. Mereka mula mengenali hati budi masing masing ketika bergandingan dalam drama bersiri Diandra di Tv3.
BACA: Drama Diandra di Slot Lestari
"Saya akui masih sayangkan dia (Aiman) namun, kami terpaksa bawa haluan masing-masing. Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya."
Fokus kerjaya
Menurut Fathia beliau belum terfikir untuk mencari pengganti dan mahu memberi fokus kepada kerjayanya. Namun, beliau tidak menolak untuk bercinta satu hari nanti.
Hmm.. Sayang juga kan kalau dah lama bercinta tiba-tiba putus. Apatah lagi kalau masing masing masih menyayangi antara satu sama lain.
0 comments:
Post a Comment