Maharaja Lawak Mega Terakhir Buat Nabil


Ketika Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) melabuhkan tirainya semalam, pemenang tempat ketiga, Nabil, mengumumkan itu adalah MLM terakhir yang disertainya.

Keputusan Nabil untuk bersara dari Maharaja Lawak Mega adalah kerana ingin memberikan fokus pada bidang lain pula.

"Saya ingin fokus kepada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor lima dan saya rasa sudah tidak ada ruang lagi untuk saya dalam MLM.

Dari awal lagi saya tidak mahu menyertai MLM 2014, tapi selepas bermesyuarat mereka rasakan kemasukkan saya bagus untuk perkembangan karier. Saya sempat menghubungi Datuk AC bertanyakan hal ini dan beliau berpendapat saya merupakan satu-satunya peserta solo dan rancangan ini ditonton berjuta orang, jadi jangan lepaskan peluang.

Nabil juga tidak menyangka akan mendapat tempat ketiga serta wang tunai RM150,000 dan menganggap ini adalah rezeki buat keluarga.

Ramai peminat yang akan merindui lawak jenakan Nabil di petas MLM lepas ni. Semoga Nabil terus berjaya dalam kerjaya selepas ini.


0 comments:

Post a Comment