Zizan dan Emma Maembong Sah Putus Cinta


Sebelum ini banyak dakwaan tentang hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Kisah cinta mereka ibarat drama Slot Akasia yang banyak pasang surutnya.

Zizan sebelum ini mengesahkan dia dan Emma telah kembali bersama selepas putus cinta. Kini, Emma pula mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan mereka sudah lama putus dan tidak pernah kembali bersama seperti yang diberitahu umum. 

"Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama putus dan kami tidak pernah sambung semula seperti yang dia hebahkan. Namun kami masih lagi berkawan dan sentiasa menyokong kerjaya masing-masing."

Menurut Emma, sebelum ini beliau tidak mahu memberikan komen tentang hubungan mereka kerana tidak ingin digelarkan sebagai budak-budak. 

Selain itu, Emma enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang hubungan Zizan dan orang kuat Astro.

Macam-macam pulak cerita mereka berdua ni. Bagus juga tindakan Emma berdiam diri dalam hal ni. Lebih bagus dari mencanang satu dunia tentang kisah cinta mereka.


Artikel terdahulu: Hafiz Perlu Jalani Fisioterapi

0 comments:

Post a Comment