Rambut Rosmah Mansor Jadi Perhatian Dunia





Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat perhatian dunia selepas dilaporkan berbelanja besar setiap kali mendandan rambut.

Agensi berita AFP sebelum ini melaporkan kos mendandan rambut Rosmah berjumlah RM1,200 sekali lagi disiarkan tabloid Britain, The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning (Hong Kong).

Media antarabangsa dan rakyat Malaysia sekali lagi mengkritik Wanita Pertama itu susulan kenyataannya pada Isnin.

Dalam majlis taklimat cukai barangan dan perkhidmatan kepada isteri-isteri menteri, Rosmah mengeluh terhadap caj perkhidmatan kini semakin mahal.

Beliau berkongsi pengalaman pernah dikenankan bayaran RM500 untuk membuat baju kurung dan RM1,200 untuk mendandan rambut. 

Ramai yang menyifatkan kenyataannya kali ini memakan dirinya sendiri kerana beliau sering menjadi sasaran kritikan kerana gemarkan kehidupan mewah. 

Sebelum ini Rosmah turut menjadi viral di laman sosial selepas The New York Times melaporkan tentang dokumen pembelian barang kemas bernilai jutaan dolar.


Artikel Terdahulu: Live Streaming JDT vs East Bengal Fc 24 Februari 2015

0 comments:

Post a Comment