Kemenangan Saya Dibantu Kelab Peminat - Ayda Jebat


Pelakon baharu, Ayda Jebat berterima kasih kepada kelab peminatnya yang banyak mengundi sehingga beliau berjaya menggondol dua kategori dalam Anugerah Meletop Era 2015 (AME).

Menurut Ayda, kelab yang digelarkan AJsceamer mengadakan kempen tertentu bagi meraih undian orang ramai

"Kelab peminat saya banyak membantu dengan berkempen setiap hari supaya ramai yang mengundi saya," kata pelakon yang terkenal melalui drama Rindu Awak 200% ini.

Ayda berkata kelab peminatnya menghasilkan poster dan memuatnaik ke laman sosial supaya mengundinya.

Ayda, 23, mengulas demikian selepas didakwa mengundi diri sendiri sehingga memenangi dua anugerah di anugerah AME yang berlangsung minggu lalu.

Artikel berkaitan: Ayda Jebat Tak Undi Diri Sendiri

0 comments:

Post a Comment