IRFAN GHANI HILANG


Niat sebenar pemain pertahanan T-Team, Irfan Ghani, yang membuat sidang media tergempar bagi menafikan insiden pergaduhan masa rehat ketika pertemuan Johor DT dan T-Team di dalam terowong menuju ke bilik persalinan Stadium Larkin tempoh hari terus menjadi tanda tanya apabila pemain itu gagal melaporkan diri kepada pihak pengurusan.

Lebih menghairankan, pemain kelahiran Johor itu telah mengemas semua pakaian dan peralatan di kediaman sewanya.

Menurut Penolong Jurulatih T-Team, Azlan Johar, yang melabelkan Irfan sebagai pengkhianat, yakin pihak pngurusan T-Team akan mengambil tindakan ke atas pemain itu.

"Pihak pengurusan akan meminta kerjasama Persatuan Bola Speak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut".

Azlan Johar Sokong Angkat Sumpah

Azlan juga turut menyokong cadangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu semua pemain dan pegawai T-Team bersumpah mengenai insiden di Larkin. Beliau juga kesal atas semua kejadian yang berlaku ditambah pula kemenangan 3-0 dihadiahkan kepada pasukan JDT.

sumber: Tv3

Previous entry: Gambar Anak Khairul Fahmi


0 comments:

Post a Comment