Jeffri Ramli, Rakyat Malaysia di Ujibakat The Voice UK


Jeffri Ramli, Rakyat Malaysia di Ujibakat The Voice UK. Nama Jeffri Ramli (35) mungkin asing namun tidak lagi setelah beliau menghadiri uji program realiti The Voice UK 2016. Beliau telah menarik perhatian empat juri iaitu Will.I.Am, Paloma Faith, Boy George, dan Ricky Wilson.

Ketika ujibakat blind audition, Jeffri mendendangkan lagu Valerie dengan gaya yang tersendiri dan keempat-empat juri terpegun dengan persembahannya. Setelah mendapat tahu Jeffry berasal dari Malaysia, Will.I.Am tiba-tiba bertanya sama ada Jeffri tahu tarian tradisional Malaysia.

Pada awalnya Jeffri menunjukkan tarian zapin, namun Will.I.Am kemudian menunjukkan sedikit tarian dimaksudkannya. Jeffri mengatakan itu adalah tarian poco-poco yang berasal dari Indonesia.


Will.I.Am yang juga merupakan penyanyi dan penerbit serta pernah menganggotai kumpulan Black Eyed Peas begitu teruja tarian itu mengajak kesemua juri lain menari bersama di atas pentas sambil diiringi muzik lagu poco-poco.

Video ujibakat Jefri menjadi viral kerana siapa sangka selebriti terkenal dunia tahu dan berminat akan tarian poco-poco. Walaubagaimanapun Jeffri gagal mara ke pusingan seterusnya kerana tidak dipilih menjadi anak didik mana-mana juri ke blind audition berkenaan.

VIDEO: Jeffri Ramli dan Will.I.Am Menari Poco-Poco di The Voice UK



Jeffri berkelulusan dalam bidang kejuruteraan telah menetap di New Castle selama 13 tahun. Beliau yang turut meminati muzik K-Pop kini menjadkan nyanyian sebagai karier utamanya.

Sebelum ini Jeffri pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ITV X Factor UK 2014, serta menjadi Penyanyi Terbaik dalam KBS K-Pop World Festival 2014.

0 comments:

Post a Comment