Sekitar Majlis Akad Nikah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah



Hanya dengan sekali lafaz pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, selamat bergelar suami kepada pasangannya, Puteri Sarah Liyana, kira-kira jam 10.30 pagi.

Pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Alm Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Puteri Sarah menerima mas kahwin sebanyak RM1,111. 


Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki memberi sebanyak tujuh dulang hantaran berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Apple dan sepersalinan pakaian dari pihak Puteri Sarah.

Kedua pasangan mempelai itu mengenakan busana tajaan Cosry Couture, serta mendapat beberapa tajaan lain antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.
 

Walaubagaimanapun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul yang  masih lagi belum stabil akibat terkena demam denggi.

Gambar sekitar perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah








0 comments:

Post a Comment