Michelle Yeoh bakal berkahwin. Bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan tunangnya, Jean Todt tidak lama lagi. Menurut Michelle, dia dan pasangan merasakan sudah tiba masanya untuk mereka melangsungkan perkahwinan.
Sebelum ini Michelle dan pasangan terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana menghormati bapanya, Datuk Teoh Kian Teik meninggal dunia pada tahun lalu.
"Kami perlu menunda tarikh perkahwinan untuk menghormati pemergian mendiang bapa saya," katanya dalam satu temu bual.
Michelle turut memberitahu mereka masih belum membuat keputusan berhubung lokasi perkahwinan. Walaubagaimanapun, dia dan pasangan berharap dapat mengadakan majlis yang sederhana di Malaysia dan Hong Kong.
Michelle dan Jean Jodt yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah mengikat tali pertunangan sejak 2005 lagi.
Gambar Bakal suami Michelle Yeoh
Artikel sebelum ini: VIDEO: Makhluk Asing Di Ruang Udara Osaka
wow.. not bad juga calon suaminya ya.
ReplyDeletehebat!
7 tips tambah berat badan secara sihat