Punca Muhyiddin Yassin Dipecat
Punca Muhyiddin Yassin Dipecat. Hari ini Malaysia digemparkan dengan rombakan kabinet selain menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dan digantikan dengan Datuk Seri Zahid Hamidi.
Rombakan ini berlaku secara mengejut dan tiada siapa yang menjangka perkara ini akan berlaku. Sebelum ini Muhyiddin pernah beberapa kali mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pimpinan Perdana Menteri. Namun siapa sangka Najib bertindak drastik dengan memecat timbalannya itu.
Pemecatan Muhyiddin hari ini menjadikan beliau sebagai TPM kedua yang dilucutkan jawatan selepas Anwar Ibrahim pada 1998.
Punca Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan
Ahad lalu Muhyiddin menyatakan beliau tidak memahami apa yang sedang berlaku kepada 1MDB selain tidak yakin dengan kepimpinan Najib sekarang.
Beliau berkata kerajaan BN akan tumbang sekiranya berlaku pembubaran parlimen dalam masa terdekat kerana sokongan akar umbi sudah tiada. Selain itu, muhyiddin dilihat sering mempertahankan kritikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir yang lantang mengkritik Najib.
Tindakannya ini dilihat membelakangkan parti sendiri selain menghilangkan semangat setia kawan dalam BN.
Artikel berkaitan: Senarai Penuh Rombakan Kabinet 2015
kemas template ni.
ReplyDelete