Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina?
Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina. Berita tentang bangkai pesawat Malaysia Airlines dan bendera Malaysia di Selatan Filipina benar-benar mengelirukan banyak pihak. Seorang lelaki mendakwa penduduk pulau terpencil, Tawi-Tawi, telah menjumpai sehelai bendera Malaysia di dalam bankai pesawat yang hilang dari radar itu.
Jamil Omar, 46, membuat laporan polis bahawa penduduk pulau itu menjumpai bendera di dalam bangkai pesawat ketika pergi memburu burung. Tambahnya juga, penduduk disana tidak mengenali bendera Malaysia dan tidak mengetahui tentang pesawat yang hilang memandangkan kawasan itu kurang berpenghuni dan kurang mempunyai alat komunikasi.
"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.
Beliau menyerahkan bendera yang ditemui bersama tiga keping gambar pulau berkenaan kepada pihak polis utk siasatan lanjut.
Berita ini sememangnya mengelirukan. Kerana kerajaan Malaysia telah pun mengesahkan pesawat MH370 telah terhempas di Pulau Reunion berdekatan dengan Madagascar. Ini berdasarkan penemuan serpihan dan komponen dari pesawat itu sendiri.
Artikel sebelum ini - UiTM Selangor Tangguh Kuliah Akibat Jerebu
0 comments:
Post a Comment