UiTM Selangor Tangguh Kuliah Akibat Jerebu


UiTM Selangor Tangguh Kuliah Akibat Jerebu. Nampaknya jerebu yang melanda negara semakin membimbangkan. Baru sebentar tadi Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di kebanyakan negeri supaya tutup, dan kini pihak UiTM Selangor pula mengeluarkan arahan supaya menangguhkan kuliah. Ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini mencatatkan bacaan tidak sihat.

Artikel berkaitan:  Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

Naib Canselor, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar memberitahu penangguhan kuliah pada hari berikutnya akan diberitahu kelak berdasarkan bacaan IPU yang dipantau dari masa ke semasa.

Penangguhan ini hanya melibatkan jadual kuliah manakala peperiksaan akhir pelajar diploma diteruskan mengkut jadual. Kakitangan UiTM Selangor juga dikehendaki bekerja seperti biasa.
sumber: Harian Metro

Artikel sebelum ini - Jerebu - Sekolah Tutup Dua Hari 5 dan 6 Oktober



1 comment:

  1. Moga masalah jerebu ini cepat2 selesai.
    Setiap tahun, ada aje masalah jerebu..:(

    ReplyDelete