Biodata Sufi Juara AF 2015


Biodata Sufi Juara AF 2015. Bagi anda yang menonton konsert akhir Akademi Fantasia 2015 (AF) semalam pasti anda tahu siapa juaranya. Tahniah diucapkan buat Sufi kerana dinobatkan sebagai juara AF bagi tahun ini.

Sufi berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 , trofi AF, berserta pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tour. Sufi merupakan peserta bukan rakyat Malaysia pertama yang berjaya memenangi Akademi Fantasia. Sufi merupakan rakyat Singapura yang mencuba nasib dalam bidang nyanyian di Malaysia.


Untuk pengetahuan anda, Sufi mula serius dalam bidang nyanyian selepas muncul naib juara dalam pertandingan SG Mania pada 2014 di Singapura.

Biodata Sufi AF

Nama penuh: Mohammad Sufie Rashid
Asal: Singapura
Umur: 24 tahun (lahir tahun 1991)
Karier: Penyanyi indie sepenuh masa, mencipta lagu untuk iklan (jingle) Tv dan radio
Bakat: Menyanyi dan mencipta lagu. Turu bermain alat muzik seperti piano, dram, gitar, dan bass.

Artikel sebelum ini - Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina?

0 comments:

Post a Comment