Hanya dengan sekali lafaz pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, selamat bergelar suami kepada pasangannya, Puteri Sarah Liyana, kira-kira jam 10.30 pagi.

Pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Alm Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Puteri Sarah menerima mas kahwin sebanyak RM1,111. 


Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki memberi sebanyak tujuh dulang hantaran berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Apple dan sepersalinan pakaian dari pihak Puteri Sarah.

Kedua pasangan mempelai itu mengenakan busana tajaan Cosry Couture, serta mendapat beberapa tajaan lain antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.
 

Walaubagaimanapun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul yang  masih lagi belum stabil akibat terkena demam denggi.

Gambar sekitar perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah









Isu hubungan pelakon Hanez Suraya nampaknya semakin kusut apabila beliau telah membuat sidang media dengan menafikan yang beliau sebagai punca keretakan rumahtangga kekasihnya yang dikenali sebagai Mr R dan isteri, Nurliyana Abd Manan.

Hanez Suraya dikecam hebat oleh pengguna laman sosial Facebook dan Instagram dengan melabelkan dirinya sebagai perampas suami orang. Tukang masak terkenal, Chef Wan juga turut memberi kritikan pedas berhubung kontroversi Hanez dan Mr R ini.

Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya mengatakan:

"Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.

"Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?

"These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again.Tambahan Anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.

"I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same...Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused. I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga.

"Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer."

Memang pedas kata-kata dari Chef Wan.  Kita semua boleh ambil iktibar dari kontroversi yang melanda aktres ini. Penulis rasa kesilapan Hanez Suraya adalah sebelum ini beliau mengatakan Mr R ialah duda.





Umum mengetahui bahawa kapten pasukan bola sepak negara, Aidil Zafuan bakal menamatkan 'duda'nya bersama gadis pilihan, Zarema Zainal.

Seperti pasangan terkenal yang lain, Aidil dan Zarema turut mengabadi percintaan mereka menerusi 'pre wedding shoot' sebelum bergelar suami isteri yang sah pada 14 Mac ini

Gambar pre wedding Aidil dan Zarema ini diambil oleh jurugambar profesional,
Wunderclique ini berlatarbelakangkan hutan hijau dengan pakaian rona merah jambu.



















Selepas Chef Wan memberi kritikan pedas terhadap nasi lemak yang dihidang oleh Malaysia Airlines tempoh hari, kini Chef Zam pula untuk mengkritik makanan dari syarikat penerbangan itu.

Chef Zam menerusi laman sosial Facebook mendakwa makanan yang dihidangkan tidak mencapai piawaian dan tidak lengkap. 

Entri sebelum ini: IRFAN GHANI HILANG

Niat sebenar pemain pertahanan T-Team, Irfan Ghani, yang membuat sidang media tergempar bagi menafikan insiden pergaduhan masa rehat ketika pertemuan Johor DT dan T-Team di dalam terowong menuju ke bilik persalinan Stadium Larkin tempoh hari terus menjadi tanda tanya apabila pemain itu gagal melaporkan diri kepada pihak pengurusan.

Lebih menghairankan, pemain kelahiran Johor itu telah mengemas semua pakaian dan peralatan di kediaman sewanya.

Menurut Penolong Jurulatih T-Team, Azlan Johar, yang melabelkan Irfan sebagai pengkhianat, yakin pihak pngurusan T-Team akan mengambil tindakan ke atas pemain itu.

"Pihak pengurusan akan meminta kerjasama Persatuan Bola Speak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut".

Azlan Johar Sokong Angkat Sumpah

Azlan juga turut menyokong cadangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu semua pemain dan pegawai T-Team bersumpah mengenai insiden di Larkin. Beliau juga kesal atas semua kejadian yang berlaku ditambah pula kemenangan 3-0 dihadiahkan kepada pasukan JDT.

sumber: Tv3

Previous entry: Gambar Anak Khairul Fahmi



Tahniah diucapkan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Leuniey Natasya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5kg.

Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apex, turut berkongsi berita gembira itu menerusi laman perkongsian Instagram miliknya.

Khairul Fahmi yang jugak penjaga gol Kelantan sebelum ini melahirkan rasa teruja untuk bergelar bapa. Pasangan popular itu diijab kabulkan pada 28 Disember 2014 setelah beberapa bulan menyulam cinta.

Gambar anak Khairul Fahmi dan Leuniey Natasya





Pemain bola sepak negara, Safiq Rahim telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya yang juga atlet boling negara, Zandra Aziela di Kelab Golf Saujana Impian, Kajang.

Zandra menerima mas kahwin sebanyak  RM888 berserta wang hantaran sebanyak RM15,000.

Selamat pengantin baru, semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.

Gambar Kahwin Safiq Rahim dan Zandra Aziela