Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10malam berdekatan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kereta jenis Peugot miliknya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan ketika hujan lebat.

Menurutnya, kereta yang dipantu rosak teruk dan beliau terselamat dari sebarang kecederaan.


Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku, cuma kemalangan kecil sahaja. Kenderaan saya hilang kawalan disebabkan hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan. Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan.
Alhamdulillah tak ada apa apa yang serius berlaku. Diharap semua dapat memndu dengan cermat, lebih lebih lagi di musim perayaan ni.

- mstar

Setelah bertahun-tahun berkawan dan sering mengelak apabila diajukan soalan tentang hubungan mereka, Akim Ahmad akhirnya mengaku yang dia mencintai Stacy.

Rasanya semia dah tahu yang Akim memang rapat dengan Stacy dan pernah berduet bersama. Setiap kali wartawan bertanyakan apa status hubungan mereka, masing-masing hanya memberikan jawapan selamat iaitu, "kami hanya kawan".

Akhirnya Akim telah membuat pengakuan ketika ditemuramah di Radio Era.

"Sebenarnya saya dan Stacy amat rapat dan saya boleh katakan itu adalah perasaan cinta. Alhamdulillah Stacy juga mempunyai perasaan yang sama. Semoga hubungan kami direstui.

Pengakuan Akim ini akan menggembirakan hati peminat mereka yang sentiasa mahukan mereka disatukan. Teringat pulak bait bait lirik lagu Jason Mraz, Lucky. "Lucky I'm in love my best friend."


Artikel sebelum ini: Sinopsis Suami Sebelah Rumah di Tv3


Istimewa buat penonton Tv3, sebuah drama bersiri bertajuk Suami Sebelah Rumah bakal muncul Slot Dramady Februari ini. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Jinggo.

Drama ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dan novel cinta dari tajuk yang sama ditulis oleh Ana Sofia.


Suami Sebelah Rumah diterajui Izzue Islam dan Ayda Jebat sebagai teraju utama dan dibantu oleh Zulin Aziz, Sheery Alhadad, Hanna Aqella, Ben Amirr, dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah 

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. 

Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.


Selamat menonton!



Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia hari ini Institut Jantung Negara akibat komplikasi jantung. Allahyarham bertugas sebagai pengulas sukan di syarikat penyiaran televisyen berbayar, Astro, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.

Allahyarham Datuk Hasbullah Awang merupakan pengulas sukan terbaik negara yang telah lama berkhidmat dalam bidang penyiaran. Intonasi suara Datuk Hasbullah Awang begitu unik dan tersendiri menjadikan penonton seronok mendengan ulasan beliau. 


Biografi Datuk Hasbullah Awang


Dilahirkan pada 9 September 1953 di Teluk Intan Perak, kerjaya Datuk Hasbullah Awang dalam bidang penyiaran bermula di Radio 1 RTM sebagai juruhebah radio.

Allahyarham mula dikenali pada tahun 1990 ketika bola sepak Malaysia memasuki era Semi-pro.

Apa yang mengagumkan tentang Hasbullah Awang, beliau melakukan 'research' terhadap setiap pemain bola sepak dan berkongsi dengan penonton ketika membuat ulasan. Dengan cara itu penonton dapat mengetahui latar belakang dan informasi pemain.

Allahyarham akan mengulas dengan dan intonasinya yang tersendiri menjadikan perlawanan bola sepak akan jadi lebih menarik.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.



Nur Fathia baru-baru ini mendedahkan hubungan cintanya dengan aktor Aiman Hakim sudah berakhir selepas dua tahun bersama.

Artikel berkaitan: Nur Fathia dan Aiman Hakim Putus Cinta

Namun ternyata mereka masih menyayangi antara satu sama lain dan Fathia sendiri mengaku mereka berdua telah kembali bersama.

"Bukan senang untuk saya lupakan Aiman begitu sahaja. Saya seorang yang sangat setia dan hubungan kami bukan main-main. 

Fathia enggan komen lanjut mengenai punca perpisahan mereka dan menganggap ia cuma salah faham kecil.



Selepas Nabil mengumumkan persaraanya dari Maharaja Lawak Mega (MLM), kini giliran Sepahtu pula ingin bersara dari menyertai pertandingan lawak itu.

Artikel berkaitan: Maharaja Lawak Mega Terakhir Buat Nabil

Sepahtu yang dianggotai Shuib dan Jep mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai MLM kerana ingin memberi peluang kepada bakat baru

"Kami ingin memberi peluang kepada yang lain. Kami telah menyertainya sejak edisi pertama, dan mengambil keputusan untuk tidak menyertainya lagi,"

Apa yan pasti peminat Sepahtu bakal merindui gelagat mereka berdua di pentas MLM. Sepahtu merupakan antara kumpulan yang paling konsisten setiap minggu. Selamat maju jaya diucapkan buat Jep dan Shuib.

 

Pelakon dari Singapura yang sedang menempa nama memuat naik sekeping gambar isterinya, Mel, yang telah berhijab.

Isteri Hisyam mengesahkan yang dirinya telah bertudung sepenuhnya semalam.

"Memang benar yang saya telah berhijab sepenuhny. Saya mula memakai tudung semalam ketika bertolak ke Singapura."

Mel memberitahu dia memulakan persapan untuk berhjab sejak Disember lalu dengan membeli tudung dan pakaian yang menutup aurat.

Mel turut bersyukur yang niatnya di permudahkan Allah. Menurutnya, Hisyam sangat gembira dengan dengan perubahan dan imej terbarunya.

Berita ini turut mendapat sokongan peminat Hisyam dengan menucapkan tahniah di laman sosial miliknya.