Bagi mereka yang gagal memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 4.0), pihak kerajaan sedia menimbang semula permohonan anda dan anda boleh membuat rayuan melalui borang yang disediakan.

Cara Membuat Rayuan BR1M 4.0

Borang rayuan BR1M 2015 boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).  Selain itu anda boleh mendapatkan borang rayuan melalui online untuk dicetak sebelum dihantar ke LHDN.

Cetak Borang Rayuan

Borang Rayuan BR1M 2015 juga boleh didapati di laman rasmi BR1M. Anda hanya perlu layari laman rasmi ini https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Rayuan.pdf kemudian cetak borang yang disediakan. 

Lengkapkan butiran peribadi, kemudian anda perlu seranhkan borang tersebut kepada pejabat atau cawangan LHDN yang berhampiran.

Inibermakna tiada proses membuat rayuan melalui online. Anda hanya perlu cetak dan ini, kemudian hantar. Atau dapatkan terus borang tersebut di cawangan LHDN.


Artikel sebelum ini:  Perkhidmatan kecantikan Dikenaka GST






Perkhidmatan kecantikkan seperti rawatan kuku, rambut, dan muka akan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini. Walaubagaimanapun perbezaan harga selepas cukai tidaklah terlalu besar.

Pengarah  GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy ia akan melibatkan peningkatan namun pengusaha yang mendaftar dengan GST dapat mengurangkan kos mereka dengan menuntut input kredit cukai.

"Contoh input kredut cukai yang boleh dituntut adalah sperti bayaran sewa premis, kos elektrik dan kelengkapan untuk menjalankan perniagaan," katanya.

Selain itu, perkhidmatan mengurut turut dikenakan GST jika pendapatan tahunan mereka berjumlah RM500,000 ke atas.
 

Artikel sebelum ini: Cara Semak SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Di zaman seba canggih ini semua urusan pendaftaran, kemas kini, semakan, dan sebagainya perlu dilakukan secara atas talian atau online. Begitu juga dengan semakan peperiksaan sekolah anak-anak.

Kini ibu bapa sudah boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) melalui online. Cara ini dilihat lebih mudah dan pantas selain dapat mengetahui keputusan dengan kebih terperinci. 

Melalui kemudahan ini ibu bapa boleh menyemak Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun, Percubaan UPSR, PMR/PT3, dan SPM.

SAPS menyediakan semakan dari Darjah 1 hingga 6, serta Tingkatan 1 hingga 5.

Cara Semak SAPS


1. Layari http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar

3. Pilih 'sekolah rendah' atau 'sekolah menengah', dan pilih 'tahun peperiksaan' 

4. Klik 'Semak Laporan', dan anda akan dibawa ke maklumat peribadi pelajar.

5. Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak

6. Klik 'Papar Slip Peperiksaan', dan untuk lebh terperinci klik 'Papar Markah Peperiksaan'


Mudah kan? Cara ini boleh membantu ibu bapa memantau prestasi akademik selain mengelak anak-anak mengubah markah peperiksaan.


Artikel sebelum ini: (GAMBAR) Che Ta dan Zain Saidin di Mekah




Pasangan popular, Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin yang baru-baru ini berlepas ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah berkongsi beberapa keping foto dengan peminat.

Artikel berkaitan: Rozita Che Wan Sudah Bertudung?

Rozita yang lebih mesra dengan sapaan Che Ta ini cukup manis mengenakan jubah dan bertudung litup.

Che Ta dan suami juga nampak gembira di tanah suci. Semoga ibadah mereka di sana dipermudahkan dan diterima Allah SWT.

Gambar Che Ta dan Zain menunaikan umrah













Artikel sebelum ini: Nazim Othman Ada Ketumbuhan Otak


Jika anda mengikuti Instagram pelakon kacak, Nazim Othman, pasti anda akan perasan yang sejak kebelakangan ini Nazim kerap memuatnaik gambar dengan kapsyen menyentuh hati dan berunsur keagamaan.

Selain itu beberapa hari sebelum ini Nazim turut berkongsi gambar pil dan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat.



Terkini, aktor yang terkenal melalui drama Kau Yang Terindah ini memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) di bahagian kepalanya. 

Ada peminat mendakwa yang Nazim ada ketumbuhan dalam otak berdasarkan pada keputusan MRI dan jenis pil yang diambilnya.
 
A photo posted by nazimothman (@nazimothman) on

Jika benar Nazim sedang bergelut dengan penyakit, ramai yang berharap Nazim tabah dan terus melawan penyakit itu serta sentiasa berdoa kepada ALLAH. 

Artikel sebelum ini:  Cara Semak Keputusan STPM 2014

Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan tarikh keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 adalah pada 2 Mac 2015. Calon-calon boleh mengambil keputusan STPM di sekolah masing masing bermula jam 12 tengahari.

Selain itu keputusan STPM juga boleh disemak melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga online.

Cara semak keputusan STPM melalui SMS

1. Taipkan:

STPM<jarak>RESULT<jarak>NoKP

2. Hantarkan ke: 15888

Caj perkhidmatan akan dicaj sebanyak 15sen untuk setiap penghantaran, dan 20sen untuk setiap penerimaan.

Cara semak keputusan STPM melalui Online:

Calon boleh semak keputusan melalui laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 12 tengahari pada 2 Mac 2015.

Calon persendirian akan menerima keputusan melalui pos.


Artikel sebelum ini:  Hanis Zalikha Kini Bertudung Sepenuhnya.
 

 




Pelakon, pengacara, dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini bertudung sepenuhnya menjalang hari perkahwinannya yang bakal menjelang.

Berita ini disahkan sendiri oleh bakal suaminya yang juga seorang pelakon, Hairul Azreen, di laman Instagram miliknya. Hairul nyata gembira dengan penghijrahan Hanis dan perasaan itu diluahkan melalui kapsyen:

Wanita Hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah, #Alhamdulillah bakal tunang saya sudah berhijab #1March2015



Tahniah diucapkan buat gadis manis ini dan kami pasti keputusan Hanis untuk bertudung ini merupakan salah satu persediaan sebelum menuju ke alam perkahwinan.

Hanis pernah mengenangkan hijab sebelum ini melalui drama dan photoshoot. Memang manis Keknis ni.. Jom tengok gambar Hanis Zalikha bertudung.





Artikel sebelum ini: Kekasih Zul Ariffin Sedia Peluk Islam