Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat pengantin baharu kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn dan pasangannya Ungku Azhar.

Walaupun baru-baru ini Linda merahsiakan wajah suami dan gambar ketika majlis pernikahan mereka, kini beliau sendiri telah memuat naik foto suaminya di laman Instagram untuk dikongsikan bersama peminat.

Sama cantik sama padan. Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.

Gambar suami Linda Onn



 

Tahniah diucapkan kepada Hafiz kerana dinobatkan juara Pencetus Ummah musim pertama. Kemenangan diumumkan oleh pengacara Dr Ridhuan Tee semalam pada Mimbar Akhir Pencetus Ummah dalam siaran langsung di Astro Oasis.

Sebagai juara, Hafiz membawa pulang sebuah kereta Toyota Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian ke China dan sebuah trofi.



Tempat kedua dimenangi oleh  Shahrul Hamid dan tempat ketiga dan keempat pula milik Mohamed Zaini serta Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.


Berikut merupakan gambar Zizan Razak dan Emma Maembong ketika bercuti Amerika Syarikat. Bertuah badan. Siapa tak mahu ke Amerika kan? Mereka berpeluang melawat tempat-tempat terkenal sekitar San Francisco dan Las Vegas.

Zizan dan Emma turut ditemani krew Wireframe sepanjang berada di negara Uncle Sam. 






























Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zack Haikal kerana telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Sharifah.

Semoga hubungan pasangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin. Bagi Wan Zak pula, beliau terpaksa meninggalkan tunangnya di tanah air buat seketika kerana perlu terbang ke Jepun untuk meneruskan keriernya bersama Ryukyu Fc.

Gambar Wan Zack Haikal Bertunang






Entry sebelum ini: Tarik Pendaftaran dan Peperiksaan STPM 2014

Berikut merupakan tarikh pendaftaran dan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Jadual dibawah mengandungi tarikh peperiksaan bagi Penggal 1 (2013), Penggal 2 (2014), dan Penggal 3 (2014). Berserta ulangan Penggal 1 (2014) , Penggal 2 (2014), dan penggal 3 (2015).

Klik SINI untuk gambar penuh

Diharap jadual ini dapat menjadi rujukan para calon, ibu bapa, dan guru bagi membuat persediaan awal. 

*Tarikh pendaftaran dan peperiksaan STPM 2014 tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia




Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu kini sedang bercuti bersama anak mereka di Kota London.

Aeril dan Wawa dikhabarkan ke negara Eropah itu untuk berbulan madu buat kali pertama sejak diijab kabulkan. Aeril turut berkongsi foto Wawa bersama anak mereka di London buat tatapan peminat menerusi laman Instagram miliknya.





Entry sebelum ini: Gambar Jersi JDT 2014

Pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT) menjadi pasukan pertama di Malaysia yang menerima tajaan dari jenama pakaian sukan terkemuka, Nike, untuk bertanding dalam Liga-M musim hadapan.
Majlis pelancaran jersi itu berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos dan disempurnakan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.
Turut berlangsung pada majlis berkenaan adalah pengenalan 33 pemain JDT pada musim 2014.
Berikut merupakan gambar jersi JDT pada musim 2014. Pemain memakai jersi merah biru dalam perlawanan di Johor, dan biru putih di gelanggang lawan.