Selepas Chef Wan memberi kritikan pedas terhadap nasi lemak yang dihidang oleh Malaysia Airlines tempoh hari, kini Chef Zam pula untuk mengkritik makanan dari syarikat penerbangan itu.

Chef Zam menerusi laman sosial Facebook mendakwa makanan yang dihidangkan tidak mencapai piawaian dan tidak lengkap. 

Entri sebelum ini: IRFAN GHANI HILANG

Niat sebenar pemain pertahanan T-Team, Irfan Ghani, yang membuat sidang media tergempar bagi menafikan insiden pergaduhan masa rehat ketika pertemuan Johor DT dan T-Team di dalam terowong menuju ke bilik persalinan Stadium Larkin tempoh hari terus menjadi tanda tanya apabila pemain itu gagal melaporkan diri kepada pihak pengurusan.

Lebih menghairankan, pemain kelahiran Johor itu telah mengemas semua pakaian dan peralatan di kediaman sewanya.

Menurut Penolong Jurulatih T-Team, Azlan Johar, yang melabelkan Irfan sebagai pengkhianat, yakin pihak pngurusan T-Team akan mengambil tindakan ke atas pemain itu.

"Pihak pengurusan akan meminta kerjasama Persatuan Bola Speak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut".

Azlan Johar Sokong Angkat Sumpah

Azlan juga turut menyokong cadangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu semua pemain dan pegawai T-Team bersumpah mengenai insiden di Larkin. Beliau juga kesal atas semua kejadian yang berlaku ditambah pula kemenangan 3-0 dihadiahkan kepada pasukan JDT.

sumber: Tv3

Previous entry: Gambar Anak Khairul Fahmi



Tahniah diucapkan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Leuniey Natasya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5kg.

Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apex, turut berkongsi berita gembira itu menerusi laman perkongsian Instagram miliknya.

Khairul Fahmi yang jugak penjaga gol Kelantan sebelum ini melahirkan rasa teruja untuk bergelar bapa. Pasangan popular itu diijab kabulkan pada 28 Disember 2014 setelah beberapa bulan menyulam cinta.

Gambar anak Khairul Fahmi dan Leuniey Natasya





Pemain bola sepak negara, Safiq Rahim telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya yang juga atlet boling negara, Zandra Aziela di Kelab Golf Saujana Impian, Kajang.

Zandra menerima mas kahwin sebanyak  RM888 berserta wang hantaran sebanyak RM15,000.

Selamat pengantin baru, semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.

Gambar Kahwin Safiq Rahim dan Zandra Aziela




Pasangan suami isteri popular, Zizie Izzette dan suami Bung Mokhtar kini sedang bercuti diluar negara. Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik menerusi akaun perkongsian Instagram Zizie, mereka memilih beberapa tempat popular sepert Amsterdam, Mexico, Arizona, dan Los Angeles. 

Gambar Zizie Izzette dan Bung Mohktar Bercuti






Entri sebelum ini: Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL28

Lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) selain mengungguli kategori Persembahan Terbaik dalam pertandingan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Lagu yang dihasilkan oleh komposer LY dan lirik oleh Baiduri melayakkan mereka membawa pulang trofi berserta wang tunai.

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir, hanya 4 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu, Naib Juara Lagu, Tempat Ketiga Juara Lagu, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Berikut adalah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28).

Juara
Bahagiamu Derita Ku - Hafiz (LY / Baiduri)


Naib Juara
Hanya Aku - Hypert Act  (Hyper Act / Frozen)

Tempat Ketiga
Kalau Aku Kaya - Awi Rafael & Altimet (Omar K / Audi Mok / Altimet)

Vokal Terbaik
Jaclyn Victor

Persembahan Terbaik
Bahagiamu Derita Ku - Hafiz


Entry sebelum ini: Isteri Ally Iskandar Hamil


Selain Scha Al Yahya yang mengumumkan kehamilannya beberapa hari yang lalu, terbaharu isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee, kini hamil bayi sulung mereka yang sudah memasuki minggu ke 12.

Farah Lee yang pernah mengalami keguguran tahun lalu berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik status menerusi laman sosial Facebook.

Significant 2 on 200112. Ulangtahun ke-2 ‘Aku Terima Nikahnya’ and we celebrate this year anniversary together with 12 weeks old lil caliph in my bump. Our 2nd baby after my miscarriage on 150413 of 7 weeks old lil boo. Feeling blessed with all those ‘gula’ and ‘garam’ during these 2 blissful years alhamdulillah

Tahniah diucapkan kepada Ally dan Farah, dan semoga semuanya berjalan lancar.

Entri sebelum ini: Jersi Terengganu 2014