Zarema Zainal, isteri kepada kapten skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan, kini sedang hamil anak pertama mereka. Walaupun Aidil mahupun Zarema tidak membuat pengumuman secara rasmi, berita gembira tu disampaikan oleh rakan baik mereka, iaitu pelakon popular, Nora Danish melalui laman Instagram miliknya.

Zarema kelihatan semakin cantik dan berseri-seri apabila membuat keputusan untuk memakai jihab setelah pulang dari mengerjakan umrah bersama Aidil baru-baru ini.
Aidil dan Zarema diijab kabulkan pada 4 Mac lalu dan merupakan perkahwinan kedua Aidil selepas berpisah dengan pelakon Rita Rudaini.
 
Ini merupakan cahaya mata sulung Aidil bersama Zarema, dan merupakan anak ketiga selepas dikurniakan dua cahaya mata bersama Rita.
Tahniah diucapkan buat kedua pasangan ini dan semoga Zarema menjalani tempoh kehamilan dengan lancar dan selamat.



Penyanyi bervokal lantang, Jaclyn Victor mengumumkan yang beliau sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera sejak 19 Julai lalu.

Juara Malaysian Idol musim pertama itu mendedahkan mereka berkahwin di
The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) di hadapan 35 tetamu.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, mendedahkan berita dan suaminya kepada media dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Budaya.


Menurut Jaclyn, majlis perkahwinannya diadakan secara tertutup dan hanya di hadiri ahli keluarga sahaja.

"Ia sebuah majlis yang sangat peribadi dan dihadiri oleh 35 ahli keluarga sahaja," katanya.

Gambar Suami Jaclyn Victor 





Tambahnya, selepas lebih setahun berkenalan mereka bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan setelah pertama kali berkerjasama dalam Magical Moment terbitan KRU Studios, awal tahun lalu. 

Rivera merupakan ahli kumpulan R&B Az Yet yang popular pada era 90-an kini aktif sebagai penulis dan penerbit lagu, dan kini menetap di AS.

Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi kecil untuk ahli keluarga pada September.



Anak Ally Iskandar dan Farah Lee

Pengacara dan personaliti Tv3, Ally Iskandar, 38, kini bergelar bapa selepas isterinya, Farah Lee, selamat melahirkan bayi sulung mereka di sebuah hospital di Shah Alam, malam tadi.

Ally berkata, bayi perempuan yang dilahirkan pada jam 9 malam itu akan mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri kerana sebelum ini mereka sering berjauhan kerana isterinya menuntut di Korea Selatan.

"Kehadiran bayi ini bakal mengeratkan lagi hubungan kami, walaupun beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini," katanya.
 
Ally dan Farah diijab kabulkan pada 20 Januari 2012 di Masjid Kristal. Kuala Terengganu.




Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari,33, kini bergelar bapa apabila isterinya, Scha Al-Yahya, 31, yang juga seorang pelakon selamat melahirkan bayi perempuan, semalam. 

Bayi seberat 3.17kilogram itu dilahirkan pada pukul 5.50 petang di Pusat Perubatan Prince Court. 

Awal berkongsi berita gembira itu bersama peminat dengan berkongsi foto jarinya dalam genggaman bayinya dan turut memberitahu isteri dan anaknya dalam keadaan sihat.

Beliau turut berterima kasih terhadap keluarga, rakan, serta peminat yang sering mendoakan kesejahteraan mereka bertiga. 




"Terima kasih kepada semua termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta peminat yang tidak putus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami anak-beranak. Hanya Allah sahaja yang membalasnya,'' katanya


Entry terdahulu: Didie Alias Selamat Bersalin



Pelakon dan pelawak popular, Didie Alias telah selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Bayi yang dilahirkan pada jam 3.35 pagi itu merupakan cahaya mata pertama Didie, 41, bersama suami kedua, Norisham Ismail, yang bernikah pada 2006.

Didie turut berkongsi gambar anaknya di laman sosial..

Pelawak yang diberi jolokkan 'Lady Gaga' Malaysia sebelum ini telah dikurniakan lima cahaya mata haril perkahwinan pertamanya. Tahniah diucapkan kepada Didie dan keluarga, semoga kehadiran ahli baru dapat menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan.





Pelakon kontroversi, Hanez Suraya, dan kekasihnya Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap syarikat Malaysia Airlines (MAS) atas dakwaan menyebarkan tiket penerbangan mereka ke Thailand, di laman sosial bulan lalu. 

Hanez memfailkan tuntutan saman itu melalui peguamnya Harjit Sandhu menuntu ganti rugi tauladan daripada MAS.



Menurut Hanez, tindakan pihak MAS menyebarkan butiran penerbangannya bersama kekasih ke laman sosial mengganggu kehidupan peribadi dan keselamatannya.


Entry sebelum ini: Mesej Lucah dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf

Stesen Tv Berbayar, Astro, memohon maaf di atas kecuaian pihaknya berikutan paparan mesej Twitter berbaur lucah terlepas dalam program Oh My English (OME) musim ketiga Ahad lalu.

Menurut jurucakap Astro, sebuah akaun Twitter milik penonton OME telah digodam dengan niat untuk mencemarkan reputasi rancangan berbentuk pendidikan di saluran 610 itu.

Ketika rancangan itu disiarkan, seorang pemilik akaun Twitter telah menghantar Tweet lucah dan ditujukan kepada Jibam, salah satu watak yang dimainkan oleh Akhmal Rizal. 

Selain itu, pihak Astro berkata, pihaknya akan mengawal penyiaran mesej Twiiter dengan lebih ketat lagi pada masa akan datang.

"Kami akan mengawal dengan lebih ketat lagi setiap mesej yang akan dipaparkan kepada umum dan meminta penonton supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat", katanya.