Adira Doakan Kebahagiaan Hafiz
Umum mengetahui sejarah percintaannya dengan penyanyi, Hafiz Suip suatu masa dahulu dan Adira menganggap itu cuma kenangan masa lampau. Adira juga turut mendoakan kebahagiaan Hafiz dan tunangnya, Nureffy, yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: Gambar Pertunangan Hafiz Suip
"Saya gembira dia telah bertemu pasangan hidup dan saya doakan agar hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat," katanya.
Adira dan Hafiz sebelum ini pernah berduet melalui lagu Ombak Rindu dan mereka sekali lagi bergandingan melalui lagu 'Untuk Cinta'.
Menurut Adira, walaupun telah berpisah mereka tetap profesional dan tidak mempunyai masalah untuk berkerjasama sekali lagi.
"Kami akan melakukan tugas secara profesional dan akan cuba buat yang terbaik seperti mana yang kami lakukan dalam lagu Ombak Rindu."
Artikel sebelum ini: Penampilan Terkini Zamani Selepas Pemulihan
0 comments:
Post a Comment