Awal Ashari Hanya Cedera di Bibir


Pengacara popular, Awal Ashaari, hanya mengalami cedera ringan selepas kereta yang dinaikinya terbabas kemudian terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat hentian R&R Ayer Keroh.

Artikel berkaitan: Gambar Awal Ashaari Kemalangan

Kereta BMW 6 Series miliknya dipandu oleh teman rapat, Izuan Mokhtar, 31.

Ketika ditemui wartawan dihospital, Awal mengatakan dia hanya cedera di bibir dan rakannya mengalami kecederaan di bahagian siku.

"Saya rasa tidak sihat pagi tadi, jadi saya hubungi rakan, Izuan, untuk menghantar saya ke karnival Jom Heboh di Melaka.

Kami memulakan perjalanan pada jam 9 pagi dan sejam kemudian, saya dapat  diri saya sudah terbaring dibahu jalan," katanya

Awal dan Izuan kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Saya telah menerima rawatan, Alhamdulillah kami berdua selamat," katanya.

Difahamkan, Awal dan Izuan dibenarkan keluar hospital hari ini.

sumber: NST

0 comments:

Post a Comment