Lana Nordin dan David McKeinzie Kahwin 15 Mei



Pelakon, Lana Nordin mengumumkan akan berkahwin dengan pilihan hatinya David McKienzie Abdullah pada 15 Mei 2015 ini.

Lana mula mengenali David atau nama Islamnya, Daud McKeinzie Abdullah ketika menghadiri sebuah acara sukan di Singapura. Menurut Lana, pintu hatinya terbuka untuk mengenali David denga lebih dekat apabila melihat kesungguhan lelaki itu.

"Walaupun baru dua hari berkenalan, David terus menghubungi saya dan ingin mengenali saya dengan lebih rapat. Kebetulan pula, ketika itu saya sedang mencari teman yang serius dan dia hadir dalam hidup saya."

David berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan atlet bola tampar yang mewakli Amerika dalam sukan Olimpik. 

Lana mengakui sikap jujur dan lurus bendul David lah yang sebenarnya memikat hatinya.

"David seorang lelaki yang suka berterus-terang, jujur, dan lurus bendul. Paling penting, walaupun dia orang barat, namun David tidak merokok dan tidak minum arak. Ciri-ciri itu lah yang memikat hati saya," katanya lagi.


Menurut Lana, lelaki kacukan Irish dan Filipina ini tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan masakan Asia kerana ibunya berbangsa Filipina.

Gambar bakal suami Lana Nordin, David McKeinzie




Majlis perkahwinan Lana Nordin bakal berlangsung di Hotel Vistana, Kuala Lumpur. Bermula dari malam berinai, akad nikah hingga lah ke majlis persandingan, semuanya akan diadakan di lokasi yang sama.

Tahniah buat pasangan ini. Semoga majlis perkahwinan nanti dapat berlangsung dengan lancar.




Artikel sebelum ini: Tarikh Peperiksaan SPM, UPSR, PT3, STAM 2015



0 comments:

Post a Comment