Sekitar Majlis Perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema


Kapten pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan dan pasangannya, Zarema Zainal, selamat diijab kabul pada majlis pernikahan yang berlangsung di Pandamaran, Klang, pagi tadi.

Aidil yang juga merupakan pemain Johor Darul Takzim sah menjadi suami kepada Zarema dengan hanya sekali lafaz.

Aidil memberi wang hantaran RM17,000 dan mas kahwin sebanyak RM7,000, beserta sembilan dulang hantaran, dan dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Turut hadir di majlis pernikahan kedua pasangan ini ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro. 

Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, esok dan majlis pihak lelaki pula akan berlangsung pada 30 Mac ini.  

Sebelum ini, Aidil pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rita Rudaini pada 28 Februari 2008 di Thailand dan dikurniakan dua chaya mata iaitu Airit Rayya Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna,2.

Gambar perkahwinan Aidil dan Zarema





0 comments:

Post a Comment