Baby Bump Siti Nurhaliza Terserlah


Baby Bump Siti Nurhaliza Terserlah. Penyanyi nombor satu negara,Datuk Siti Nurhaliza sebelum ini enggan bercerita tentang khabar angin yang kononnya beliau sedang hamil. Walaupun keluarga terdekat Siti telah mengesahkan isteri kepada usahawan, Datuk Khalid, kini hamil enam minggu, Siti tetap dengan pendiriannya untuk terus berdiam diri.

Namun berita tentang kehamilannya semakin diperkatakan kerana 'baby bump' Siti kian terserlah. Lebih menguatkan lagi perkara ini, penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang mengusap perut Siti sewaktu Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya.

Berita kehamilan Siti mula tersebar setelah beliau sendiri memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram kerana makanan itu baik untuk ibu mengandung.

Siti bagaimanapun menjelaskan dalam rancangan Melodi baru-baru yang beliau akan memberitahu perkara sebenar apabila sudah bersedia nanti.

1 comment:

  1. tak bagitau pun memang dah nampak kandungan dia tu.. dia tak menafikan so pepaham sendiri la. Tak payah push sangat dia untuk buat kenyataan rasmi..

    ReplyDelete