Sultan Johor Beli Pesawat Boeing 737-800


Sultan Johor Beli Kapal Terbang Boeing 737-800. Selepas heboh diperkatakan tentang kononnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar membeli pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800, pihak media cuba mengorek khabar angin tersebut dan ia dikatakan benar.

Pesawat itu dilaporkan dibeli dari Washington, Amerika Syarikatdan dibina dengan ciri istimewa (custom made) yang diminta oleh Sultan Johor.

Berdasarkan harga pesawat berserta ciri tambahan. Kapal terbang milk Sulta Johor ini berharga ebih RM400 juta (AS$96 juta)

Gambar yang tersebar di Facebook menunjukkan sebuah pesawat berwarna emas dan biru berserta bendara negeri Johor. Bukan setakat itu sahaja, kapal terbang yang mampu terbang selama 10 jam tanpa henti itu turut memiliki logo 'SI' yang merujuk kepada logo rasmi Sultan Ibrahim. 

Ciri-ciri kapal terbang milik Sultan Ibrahim

Ciri istimewa tersebut meliputi kerangka pesawat 737-700 generasi baru termasuk sayap kukuh, bahagian tengah badan pesawat dan gear pendaratan yang lebih besar dan lebih berat 737-800, dengan tiga hingga 10 perut tangki bahan api tambahan.



Ia dilaporkan memiliki enam layar LCD yang terpadu dalam bentuk glass cockpit. Pesawat ini menggunakan Glass Cockpit secara menyeluruh. Sistem Glass cockpit ini dipercayai akan menjadi trend bagi pesawat-pesawat baru. 

Bagaimanapun, pihak Istana Johor yang dihubungi enggan mengulas atau mengesahkan perkhabaran berkenaan.

sumber - siakap keli

0 comments:

Post a Comment