Khir Toyo Dilepaskan Mengikut Syarat seperti Banduan Lain


Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, mengesahkan pelepasan Dr Mohamad Khir Toyo secara perintah parol adalah melalui syarat sama seperti banduan lain.

Menurut beliau, setiap banduan yang layak dari segi pemulihan, kesalahan, dan tempoh penjara seperti yang ditetapkan dalam Akta Penjara akan dipertimbangkan oleh Lembaga Parol.

Setelah dipertimbang dan diluluskan, perintah parol beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi Orang DiParol akan dikeluarkan oleh Lembaga Parol.

"Orang DiParol masih terikat dengan baki tempoh hukuman yang perlu dijalani serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan ia bukan bermaksud pembebasan sepenuhnya.

"Banduan lain yang mendapat parol turut mengikut proses sama seperti  Khir Toyo." kata Zulkefli dalam satu kenyataan.

Semalam, Lembaga Parol telah meluluskan permohonan parol kepada bekas Menteri Besar Selangor untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.


Dr Mohamad Khir, 50, dikenakan hukuman penjaran 12 bulan selepas menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007.

Artikel terdahulu:  Biodata Hafidz Roshdi

0 comments:

Post a Comment