Sebelum ini banyak dakwaan tentang hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Kisah cinta mereka ibarat drama Slot Akasia yang banyak pasang surutnya.

Zizan sebelum ini mengesahkan dia dan Emma telah kembali bersama selepas putus cinta. Kini, Emma pula mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan mereka sudah lama putus dan tidak pernah kembali bersama seperti yang diberitahu umum. 

"Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama putus dan kami tidak pernah sambung semula seperti yang dia hebahkan. Namun kami masih lagi berkawan dan sentiasa menyokong kerjaya masing-masing."

Menurut Emma, sebelum ini beliau tidak mahu memberikan komen tentang hubungan mereka kerana tidak ingin digelarkan sebagai budak-budak. 

Selain itu, Emma enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang hubungan Zizan dan orang kuat Astro.

Macam-macam pulak cerita mereka berdua ni. Bagus juga tindakan Emma berdiam diri dalam hal ni. Lebih bagus dari mencanang satu dunia tentang kisah cinta mereka.


Artikel terdahulu: Hafiz Perlu Jalani Fisioterapi


Hafiz Suib terpaksa menjalani rawatan fisioterapi selama setahun berikutan kecederaan tulang belakang (slipped) disc) bulan lalu.

Menuruft Hafiz, walaupun kecederaanya sudah pulih, namun dia perlu menjalani fisioterapi supaya kecederaannya tidak berulang.

"Kecederaan slipped disc memberi kesan terhadap saraf lain dan saya perlu menjalani rawatan berpanjangan supaya ia tidak berulang."

Bulan lalu Hafiz mengadu sakit pada bahagian belakang selepas bermain futsal. Doktor menasihatkan Hafiz supaya tidak melakukan kerja berat dan berdiri terlalu lama.

"Alhamdulillah saya semakin pulih dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. Namun saya perlu lebih berhati-hati dalam pergerakkan," katanya. 


sumber: mstar

Artikel terdahulu: Cara Semak Keputusan SPM 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah pada 3 Mac 2015. 

Keputusan SPM boleh didapati di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Selain itu calon-calon juga boleh semak keputusan SPM melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan TIADA perkhidmatan semakan melalui online.

Cara Semak Keputusan SMS Melalui SMS

1. Taip: 

SPM<jarak>[No.KP]<jarak>[angka giliran]

Contoh: SPM 960125145678 ABC123456

2. Hantarkan ke 15888

Anda akan dicaj 15 untuk setiap penghantaran dan 20 untuk setiap penerimaan.


My SMS akan mengaktifkan perkhidmatannya bermula 3 Mac, jam 10 pagi sehingga 9 Mac 2015 pada jam 11.59 malam. 

Calon yang mengambil peperiksaan SPM persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau menghubung JabatanPendidikan Negeri tempat anda mendaftar dahulu.

Semoga calon-calon mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat meneruskan pelajaran ke IPTA/IPTS.


Artikel sebelum ini:  Tarif Elektrik Mac-Jun2015



Pihak Tenaga National Berhad (TNB) akan mengurangkan tarif elektrik mulai 1 Mac 2015. Pengurangan ini dijalankan selaras dengan penurunan harga bahan api bari-baru ini. 

Tarif Baru Elektrik Mac-Jun 2015

- Tarif di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2.25sen per kilowatt-jam (kWh)
-  Tarif di Sabah dan Labuan berkurang sebanyak 1.20sen per kilowatt-jam (kWh)

Tarikh baru ini sah sehingga 3- Jun 2015, kemudian pihak TNB akan menyemak semula kos bahan api dan kos penjanaan semasa.


Artikel sebelum ini: Rambut Rosmah Mansor Jadi Perhatian Dunia




Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat perhatian dunia selepas dilaporkan berbelanja besar setiap kali mendandan rambut.

Agensi berita AFP sebelum ini melaporkan kos mendandan rambut Rosmah berjumlah RM1,200 sekali lagi disiarkan tabloid Britain, The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning (Hong Kong).

Media antarabangsa dan rakyat Malaysia sekali lagi mengkritik Wanita Pertama itu susulan kenyataannya pada Isnin.

Dalam majlis taklimat cukai barangan dan perkhidmatan kepada isteri-isteri menteri, Rosmah mengeluh terhadap caj perkhidmatan kini semakin mahal.

Beliau berkongsi pengalaman pernah dikenankan bayaran RM500 untuk membuat baju kurung dan RM1,200 untuk mendandan rambut. 

Ramai yang menyifatkan kenyataannya kali ini memakan dirinya sendiri kerana beliau sering menjadi sasaran kritikan kerana gemarkan kehidupan mewah. 

Sebelum ini Rosmah turut menjadi viral di laman sosial selepas The New York Times melaporkan tentang dokumen pembelian barang kemas bernilai jutaan dolar.


Artikel Terdahulu: Live Streaming JDT vs East Bengal Fc 24 Februari 2015

Wakil Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) bakal bertemu East Bengal FC dalam perlawanan AFC Cup pada 24 Februari 2015. Siaran langsung secara eksklusif turut disiarkan di Tv9 pada jam 8.45 malam.

Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk menonton dikaca tv atau dari Stadium Larkin, anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara live streaming.

Live streaming AFC Cup JDT vs East Bengal FC 24 Februari 2015

-    Link 1: http://tvon9ac10.blogspot.com/2013/06/tv9-live-streaming.html 


Artikel terdahulu: Rozita Che Wan Sudah Bertudung?  
 

Ketika majlis sabutan hari lahir suaminya, Zain Saidin, Rozita Che Wan tampil dengan imej bertudung. Penampilannya mengejutkan banyak pihak sama ada beliau sudah bertudung sepenuhnya.

Namun, kami rasa Rozita yang mesra dengan sapaan Che Ta ini hanya bertudung begi menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin pada majlis hari lahir Zain yang ke 31.

Peminat pasangan popular ini melahirka rasa keterujaan melalui laman sosial Instagram mereka dengan mendoakan agar Che Ta bertudung sepenuhnya.

Majlis kesyukuran turut dibuat sempena keberangkatan Che Ta dan Zain ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah pada 25 Februari ini.

Di fahamkan, Che Ta membuat kejutan dengan menghadiahkan pakej umrah kepada Zain pada hari lahirnya.

Gambar Che Ta bertudung

 
Artikel sebelum ini: Jadual Peperiksaan MUET 2015