Pagar Besi di Kubur Arwah Tok Guru Elak Perbuatan Bidaah


Selepas sekeping gambar kubur arwah Tok Guru dipagar dengan pagar besi tersebar di laman sosial, anaknya, Nik Mohamad Abduh tampil menjawab persoalan itu.

Nik Abduh memberitahu, walaupun pagar besi itu dipasang tanpa persetujuan keluarga tujuan pemasangannya adalah baik.

"Tujuannya adalah untuk mengelakkan perbuatan bidaah yang diamalkan oleh beberapa individu  jahil yang datang untuk mendapatkan 'berkat."

Menurut Nik Abduh lagi, pagar besi itu mungkin dipasang oleh anak murid arwah Tok Guru untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Keluarga tidak setuju

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu pemasangan pagar itu tidak mendapat persetujuan keluarga dan ia akan dibuang kelak.

"Kami sekeluarga tidak bersetuju dan akan meletakkan tanda 'sementara' di atas masyalat dan pagar tersebut akan dibuang dalam masa terdekat," katanya melalui laman Facebook, semalam.

Artikel sebelum ini: Aplikasi MyKira GST Untuk Semak Harga Barang

0 comments:

Post a Comment