Najib Tak Jawab Sebab Hormat Tun M

Kebelakangan ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sering mengkritik pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun, sehingga kini Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan berdiam diri.


Ramai yang beranggapan sikap membisu Najib terhadap semua serangan Tun M terhadapnya adalah kerana beliau masih hormat akan bekas Perdana Menteri itu.

Artikel berkaitan: Duit BR1M adalah Kesilapan Besar: Tun M

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsan Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sikap berdiam diri lebih baik, jika tidak keadaan bakal jadi lebih keruh.

"Saya fikir Najib tidak menjawab kerana Tun M banyak berjasa kepadanya dahulu. Kritikan Tun M terhadap Najib berunsur peribadi yang berlaku diantara mereka.

"Namun, jika ia melibatkan rakyat, Najib perplu menjawab jika tidak ia bakal menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang Perdana Menteri." katanya.




Tun M sebelum ini lantang menyerang Najib berkenaan pembunuhan Altantuya, 1MDB, dan Nasib BN melalui blognya, chedet.cc


Artikel sebelum ini:   Kevin Zahri Ingin Bantu Abam Bocey

0 comments:

Post a Comment