Kevin Zahri Ingin Bantu Abam Bocey

Populariti ahli kumpulan Bocey, Abam, kini sedang memuncak selepas memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular Anugerah ABPBH2015.

Malah, tagline "Gemuk Is Awesome" juga menjadi trending di laman sosial. In kerana Abam tidak pernah malu dan membuktikan individu yang berbadan besar juga boleh berjaya.

Tagline 'Gemuk Is Awesome' itu mendapat perhatian Pakar Pemakanan dan Kecergasan terkenal, Kevin Zahri, yang sedia membantu Abam untuk hidup lebih sihat.

Kevin melalui laman Facebooknya berkata:

Hmmm kalau ikut personally, saya tak suka komen isu berkaitan orang lain tapi kerana ia berkaitan kesihatan and yes, my work dan mana lah tahu post ini boleh membantu orang lain termasuk lah Abam Bocey suatu hari ini, insyallah, i shall give you my opinion.
Walaupun ramai yang lihat hashtag tersebut sebagai negatif, it does shine a light on the topic of obesity itself – any kind of publicity is good publicity, no? 

Apa2 pun when i look at kedudukan Abam Bocey, it reminds me of allahyarham Bob Kuman yang juga membina nama sebagai pelakon/penghibur berbadan besar. Allahyarham berhubung dan berjumpa dengan saya untuk kurangkan berat badan dalam 1 tahun sebelum kembali ke rahmatullah tapi pada masa tersebut keadaan kesihatan dah pun mengganggu pergerakan dan gaya hidup beliau. Abam Bocey, walaupun masih muda, faces a different challenge.

Seorang selebriti sentiasa berdepan dengan tekanan to live up to expectation masyarakat. Tak kisah if you are Angelina Jolie, Abam Bocey or even Kevin Zahri. Once seseorang membina nama di atas penampilan tertentu, there is always pressure to kekalkannya. Itu yang membimbangkan saya untuk Abam Bocey – katakan lah beliau ingin berubah 5-10 tahun dari sekarang. The pressure of expectation or mengecewakan peminat mungkin menjadi penghalang yang terbesar – lagi2 sebagai pengasas hashtag #gemokisawesome.

Ok now, tidak perlu bercakap panjang tentang kelebihan atau kekurangkan gemok, gemuk, obes, fit dll. Soalan is bagaimana nak membantu orang yang (kita rasa) bermasalah? Secara pendek: you can’t. Ia adalah pilihan masing2. Yes kita boleh lead by example, beri nasihat dll tapi at the end of the day, ia adalah pilihan dan hak individu. Itu pun kunci kejayaan program JK1M: peserta join voluntarily dan sememangnya ingin berubah.
BUT sebagai rakan senegara, sekaum or seagama (pilih lah mana yang anda suka), saya juga ingin membantu….

So my sincere offer kepada Abam Bocey, mana2 selebriti tanah air, dan para pembaca di sini: pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya dan keluarga JK1M sedia untuk membantu anda, insyallah.

Ramai juga yang berharap supaya Abam mengikuti kelas bersama Kevin dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Artikel sebelum ini:  Van Gaal Ingin Jual Van Persie


Percayalah Abam, gemuk atau kurus, Abam tetap awesome!

0 comments:

Post a Comment