Van Gaal Ingin Jual Van Persie

Pengurus Manchestr United, Louis Van Gaal bersedia menjual penyerang Robin Van Persie sekiranya ada kelab yang membida pemain itu.

Ini kerana kontrak Van Persie bersama kelab itu hanya berbaki setahun lagi sebelum terpaksa dilepaskan secara percuma.

Selain itu, Van Persie, 31, sedang mengalami kecederaan dan Van Gaal ingin menggantikannya dengan penyerang Paris Saint-German (PSG), Edinson Cavani.

Prestasi Van Persi merosot selepas mengalami kecederaan buku lali ketika saingan Piala Dunia tahun lalu.

Untuk rekod, pemain kebangsaan Belanda itu hanya menyumbang 18 gol musim lalu sekali gus meletakkan United di tangga ketuju liga.

sumber: www.dailymail.co.uk

Artikel  sebelum ini: Biodata Mia Ahmad

0 comments:

Post a Comment