Benarkan Anak Tunggang Motorsikal Tanpa Lesen, Ibu Bapa di Hukum

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan hukuman terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mengunggang motorsikal tanpa lesen

Hukuman di bawak Akta Kanak-Kanak 2001 itu sebagai langkah berjaga-jagakerana banyak insiden dilaporkan melibatkan remaja berusia 16 tahun kebawah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak boleh menerima alasan ibu bapa tidak tahu anak menunggang motorsikal,

"Kita tidak boleh terima alasan ibu bapa tidak tahu nak menunggang motorsikal"

"Sebagai ibu bapa, mereka perlu pantau kerana hal ini melibatkan nyawa anak dan orang lain," katanya.

Pihak PDRM akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan pindaan tersebut.


Artikel sebelum ini: Kalkulator Cara Kira GST Online

0 comments:

Post a Comment