Hanya NamaMu - Single Pertama Caliph Buskers



Hanya NamaMu Single Pertama Caliph Buskers. Selepas mencipta nama di pentas Anugerah Juara Lagu, kumpulan yang dianggotai Orang Kurang Upaya (OKU), Caliph Buskers kini mempunya single mereka sendiri iaitu Hanya NamaMu.

Secara jujurnya, lagu yang dicipta oleh KRU Musics ini memang sedap didengar. Lirik dan melodinya sangat menyentuh hati. Sesiapa sahaja pasti akan jatuh cinta jika pertama kali mendengarnya.

Bedasarkan lirik Hanya NamaMu ini, ia berkonsepkan ketuhanan selain diselitkan dengan perjalanan seni kupulan itu sendiri.

Siapa sangka, dari pemuzik jalanan, Caliph Buskers berjaya memukau penonton di pentas AJL dan kini memiliki lagu mereka sendiri.

Muzik video Hanya NamaMu ini juga unik kerana ia dimulakan dengan Bismillah.


0 comments:

Post a Comment