Zizan Kahwin Gadis Sekampung Jun Ini

Selepas dilanda kontroversi cinta putus di tengah jalan dengan Emma Maembong, Zizan Razak, 31, tiba-tiba mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis sekampungnya Jun ini.

Zizan memberitahu dia mula mengenali gadis sekampungnya yang berusia 24 tahun itu sejak dua bulan lalu.


"Ya, saya akan berkahwin dengan gadis pilihan saya dari Terengganu. Dia bukanlah selebriti dan namanya, biarlah rahsia dulu." 

Pelakon Cicakman ini menergaskan dia akan berkahwin bukan untuk elak kontroversi, tetapi kerasa usianya yang semakin meningkat.


"Saya bukan lari dari kontroversi tetapi diusia 31 tahun ini, sudah tiba masanya untuk saya berkahwin dan mempunyai anak."

Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya berkahwin dan lihat cucu-cucu mereka," katanya.

Bakal Isteri 'natural beauty'

Zizan memaklumkan, gadis pilihannya memiliki kecantikkan semulajadi dan tidak perlu solekkan tebal untuk kelihatan cantik.

Malah, sikapnya yang pandai mengambil hati ibu bapa Zizan membuatkan hati pelakon itu tertambat. Sekaligus merawati hatinya yang luka.

Berkaitan: Zizan dan Emma Maembong Sah Putus Cinta

Zizan akan pulang ke kempung untuk menguruskan urusan merisik dan meminang tidak lama lagi.

sumber: BH


Artikel sebelum ini:  Jersi Terbaru Liverpool dari New Balance

0 comments:

Post a Comment