Jangan Guna Slogan Kita Lawan dalam Sukma 2014 - Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang Exco Sukan Negeri Selangor menggunakan slogan 'Kita Lawan' untuk kontinjen Selangor dalam Sukan Malaysia 2016.

Ini kerana baginda khuatir slogan itu akan menimbulkan kekeliruan kerana 'Kita Lawan' digunakan oleh sebuah parti politik.

"Beta bimbang jika rakyat salah faham dan menganggap kontinjen Selangor cuba mencampur aduk antara sukan dan politik.

"Adalah lebih baik jika kontinjen Selangor menggunakan slogan yang lebih menaikkan semangat dan tidak mempunyai kontroversi," titah baginda.

Berikutan teguran Sultan Selangor, Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor, Amaruddin Shari menjelaskan pemilihan slogan itu masih belum ditetapkan.

"Slogan 'Kita Lawan' itu cuma cadangan, namun ia telah dianggap seperti sudah ditetapkan selepas tersebar kepada media," katanya.

Menurut Amaruddin lagi, pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor untuk menetapkan slogan yang sesuai dan mempunyai semangat juang tinggi.


Artikel sebelum ini: Mat Yo Pindah Bukan Sebab Gaji - B.Sathianathan

0 comments:

Post a Comment