Biodata Syarul Ridzwan

Biodata Syarul Ridzwan. Pelakon kacak, Syarul Ridzwan semakin mendapat tempat dihati peminat drama Melayu. Syarul sebelum ini pernah membawa watak utama drama bersiri Romi Cinta Julia di Tv3.



Perjalanan seni Syarul bermula selepas mendapat tempat ketiga Hero Remaja 2012 yang pada tahun itu dimenangi Fattah Amin. 


Syarul membuktikan kepada semua bahawa dia bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik, namun turut berbakat dalam bidang lakonan. Kini Syarul sering diberi watak utama dalam drama sehinggakan beliau diberi kepercayaan untuk memegang watak Tengku Aril dalam Drama Hati Perempuan di Slot Akasia.

Biodata Penuh Syarul Ridzwan Pelakon Hati Perempuan

Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan Hashim
Nama Popular: Syarul Ridzwan
Tarikh Lahir: 24 Januari 1989
Umur: 26 tahun (2015)
Agama: Islam
Asal: Kuantan, Pahang
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Kerjaya : Model, Pelakon dan Pengacara
Hobi: Pelihara Kucing
Pendidikan: Diploma in Aircraft Maintenance Technology
Tinggi: 179cm
Berat: 72 Kg
Pencapaian: Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012
Drama/ Telefilem: Kabin Di Tepi Tasik, Laila Majnun, Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit, Sirna, Kata Samseng, Titisan Keinsafan, Yibbie, You Mr. Arrogant Raya, Raya, Opps Terlebih Pulak, Klon Ustaz, Kisah Cinta, Hujan Azaril, Cinta, Maskara, Love You Mr. Arrogant, Sweetheart Fantasia, Tanah Kubur, Romi Cinta Julia, Kifarah, Cepat, Fajar Aiman, Berlima Ramadan, Hati Perempuan 2015


Artikel sebelum ini: Najib Tidak Jawab Sebab Hormat Tun M

0 comments:

Post a Comment