Sam Bunkface Berbulan Madu di Pedalaman Thailand

Vokali kumpulan Bunkface, Sam, 27, yang baru diijab kabulkan dengan isterinya, 28,  memilih pedalaman Thailand iaitu Ko Tao, sebagai lokasi berbulan madu.

Sam memberitahu, lokasi tersebut dipilih isterinya sendiri selepas dicadangkan oleh rakan-rakan mereka.

"Isteri saya yang memilih lokasi Pulau Ko Tao selepas rakan- rakan mencadangkan tempat itu. Lagipun kami memang sukakan sesuatu yang mencabar dan Pulau Ko Tao memang kena dengan jiwa kami," katanya.

Menurut Sam lagi, dia dan isteri lebih gemar alam semulajadi dan keindahan pantai dari kotaraya popular.

Tambah Sam, ini merupakan lokasi bulan madu mereka yang pertama dan dia akan membawa isterinya ke United Kingdom pula pada akhir tahun nanti. 

Artikel sebelum ini: Hanya NamaMu - Single Pertama Caliph Buskers

0 comments:

Post a Comment