Fahrin Ahmad Nikah 9 Mei. Pelakon dan pengacara bakal melansungkan perkahwinan pada 9 Mei ini. Namun teka-teki siapakah yang bakal menjadi isterinya hanya akan terjawab pada hari akad nikah nanti.
Ramai yang mengatakan aktres Izreen Azminda lah wanita bertuah itu, namun jangkaan itu meleset. Menurut Fahrin, bakal isterinya bukanlah dari golongan selebriti tetap wanita biasa.
"Saya akan bernikah pada 9 Mei ini yang juga merpakan hari lahir saya. Namun buat masa sekarang saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya. Biarlah anda semua lihat pada majlis itu nanti," katanya.
Fahrin memberitahu, beliau mengenali wanita itu sejak tahun lalu dan atas permintaan keluarga, dia terpaksa merahsiakan hubungannya.
"Saya tahu ramai yang terkejut dengan berita ini. Saya terpaksa merahsiakannya atas permintaan keluarga. Walaubagaimanapun, keluarga bakal isteri faham dan menyokong kerjaya saya sebagai seorang pelakon," kata bintang utama Pilot Cafe ini.
Majlis perkahwinan Fahrin dan pasangannya bakal berlansung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Salute dengan tindakan Fahrin ni. Dah nak kahwin baru hebahkan. Tak seperti selebriti lain yang mencanang hubungan sendiri dan akhirnya entah ke mana.
Artikel sebelum ini: Puteri Baharu Dinamakan Charlotte Elizabeth Diana
0 comments:
Post a Comment