Mangga Cinta di Jambatan Paris Ditanggalkan
Padlock atau mangga cinta di jambatan Paris akan ditanggalkan. Pihak berkuasa bandaraya Paris akan menanggalkan sejuta mangga cinta di jambatan Pont de Arts sekaligus melenyapkan tradisi pelancong yang datang ke bandar itu.
Mangga cinta itu ditanggalkan berikutan sebahagian besar dari jambatan itu mengalami kerosakkan akibat menampung berat mangga kunci itu.
Pihak berkuasa pada awalnya ingin mengeluarkan larangan mengunci mangga dan bakal mengenakan denda bagi mereka yang melakukannya. Namun, timbalan Datuk Bandar Paris, Bruno Julliard berasa idea itu sukar ditangani kerana jumlah pelancong yang begitu ramai.
Ikat reben ganti mangga kunci
Julliard bagaimanapun mencadangkan pelancong supaya mengikat reben pada jambatan sebagai alternatif. Mengikat reben sebagai simbol ikatan cinta disifatkan lebih ringan dan tidak akan merosakkan jambatan. Selain itu mereka mahu Paris kekal sebagai kota cinta dan romantik.
Sumber: Mirror
Artikel sebelum ini: Biodata Raysha Rizrose
0 comments:
Post a Comment