RM1000 Terselit pada Wiper Selepas Bantu Wanita Misteri

RM1000 Terselit pada Wiper Selepas Bantu Wanita Misteri. Peristiwa aneh yang dilalui seorang pelajar IPTA sewaktu berada di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menjadi viral di laman sosial. Kejadian itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (Rn) Temerloh di mana dia didatangi seorang wanita bersama seorang bayi.

Pelajar yang dikenali sebagai Rashidah mendakwa wanita itu seperti dalam kesusahan kerana matanya bengkak menangis.


"Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah habis."
Rashidah pada mulanya sangsi untuk membantu wanita tersebut kerana kebanyakkan kes samun sekarang menggunakan taktik sama untuk menipu mangsa. Tambahnya dia sendiri memerlukan duit itu untuk menguruskan banyak hal seperti baiki tayar, lampu brek, dan servis kereta. Malah, Rashidah cuma mempunyai RM100 di dalam dompetnya.
"Saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun dan pergi dari situ."

"Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yang didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu dan baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni," 
Melihat keadaan bayi itu, Rashidah berasa amat bersalah. Beliau terus mengejar wanita tersebut dan memberikan semua duitnya. Dia pasrah jika ditipu kerana tidak sanggup melihat keadaan bayi itu.

"Rasa tidak sampai hati nak tengok muka anak kecil tersebut dan saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui."
Menurut Rashidah, dia sempat mengambil gambar wanita itu dengan telefon bimbitnya, namun entah kenapa gambar yang dirakam tidak begitu jelas. 

Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening beliau terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan menruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya.
"Saya rasa terkejut, macammana ada duit menyebabkan saya berhenti di tepi highway, alangkah terkejutnya saya apabila terdapat duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000." 
"Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma"


Artikel sebelum ini:

0 comments:

Post a Comment