Gambar Perkahwinan Lana Nordin dan Daud McKenzie

Gambar Perkahwinan Lana Nordin dan Daud McKenzie. Dengan sekali lafaz, pelakon Lana Nordin sah menjadi isteri kepada Daud McKenzie dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. 


Lana dinikahkan oleh bapanya sendiri, Hasan Nodin Mohd Zaidi kira-kira jam 10 pagi tadi. Daud McKenzie menyerahkan mas kahwin sebanyak US$10,000 berserta wang hantaran dengan jumlah yang dirahsiakan.

Majlis pernikahan kedua mempelai ini disambut meriah dalam satu majlis indah dengan dihadiri keluarga kedua belah pihak, dan rakan terdekat. 

Artikel berkaitan: Lana Nordin dan David McKeinzie Kahwin 15 Mei


Lana kelihatan cantik dengan busana yang direka oleh Altelia Almani, an Daud tampak segak mengenakan baju Melayu dari Jakel. 

Mahu anak secepat mungkin

Seperti pasangan lain, Lana dan Daud juga mengimpikan cahaya mata dalam perhubungan mereka.
"Semua pasangan yang berkahwin mengharapkan cahaya mata. Begitu juga kami. InsyaAllah, saya jika boleh mahu menimang cahaya mata secepat mungkin bagi mewarnai rumah tangga kami."











Artikel sebelum ini: Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015


0 comments:

Post a Comment