Gambar Ahmad Maslan Memasak Jadi Bahan Jenaka. Nampaknya Ahmad Maslan masih lagi tidak serik selepas tweetnya yang berkongsi resepi nasi goreng tanpa GST tempoh hari dicemuh masyarakat. Hari ini beliau berkongsi gambarnya yang sedang memasang nasi goreng campur tanpa GST turut menerima respon negatif pengguna laman sosial.
Tweet yang dimuatnaik pada pagi Ahad itu berbunyi:
"Sesekali sedia sarapan untuk keluarga, Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO."
Ahmad turut berkongsi dua keping gambar nasi goreng dan juga dirinya seolah-olah sedang memasak. Apa yang lucunya beliau tidak menyalakan api ketika memasak dan turut menyusun timun di dalam kuali. Tapi lebih kelakar apabila membaca respon dari pengikutnya. Korang bacalah kat bawah ni. memang kelakar habis.
Terima kasih kerana membaca Gambar Ahmad Maslan Memasak Jadi Bahan Jenaka
0 comments:
Post a Comment