Kedai Mamak Dilarang Beroperasi 24jam. Kerajaan mencadangkan supaya restoran dan gerai mamak menamatkan operasi 24 jam sebagai salah satu langkah membendung masalah sosial golongan muda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata cadangan itu akan dipertimbangkan setelah mengambil kira aduan orang ramai terhadap masalah sosial yang berleluasa pada hari ini.
Walaubagaimanapun menurut Shahidan, ia tidak melibatkan semua restoran yang beroperasi 24 jam tetapi hanya melibatkan kawasan tertentu yang berhampiran dengan kawansan perumahan dan luar bandar.
"Nota dan kertas cadangan berhubung isu ini akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Sosial Negara," katanya
Tambahnya lagi, selain masalah sosial, faktor kebersihan juga turut diambil kira.
"Faktor kesihatan dan keberhiran turut diambil kira kerana kawasan kedai mamak sering menjadi tempat pembiakan haiwan seperti tikus," katanya.
Netizen tidak setuju
Cadangan Shahidan Kassim nampaknya tidak menerima respon positif dari pengguna laman sosial. Rata-rata menolak cadangan itu kerana jika restoran mamak tidak beroperasi selepas jam 12, anak-anak muda akan terdorong untuk ke ke kelab malam serta melakukan perkara yang lebih membimbangkan.
Sedangkan di restoran mamak, mereka boleh berborak kosong serta menonton perlawanan bola sepak.
Ada betulnya jugak. kalau tak lepak di kedai mamak, nak pergi mana lagi?
Artikel sebelum ini: Lagu Datuk AC Mizal diban Stesen Radio
0 comments:
Post a Comment