Baca Online Langit Cinta Bab 1 Hingga 18


Baca novel Langit Cinta Online. Pengarah berbakat, Osman Ali telah mencipta satu kelainan dalam industri perfileman negara. Jika sebelum ini kita sering dilambakkan dengan filem dan drama yang diadaptasi dari novel cinta, kini lain pula ceritanya. 

Kali ini novel Langit Cinta ditulis berdasarkan filem dari tajuk yang sama yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini. Menurut Osman Ali, walaupun penonton sudah tahu jalan cerita Langit Cinta selepas membaca novel, ini tidak bermaksud mereka tidak akan menonton filem. Bahkan cara ini dapat menarik minat mereka untuk melihat watak-watak secara visual. 



Novel Langit Cinta ditulis oleh Damya Hanna.

Sinopsis novel Langit Cinta

Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh dan taat kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah. 

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu. Alif terpaksa meninggalkan Khadijah sementara untuk ke bandar atas suatu urusan. Khadijah setia menunggu Alif, namun suami yang dicintainya itu tidak pulang ke pengakuannya.

Walaubagaimanapun Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan dia hilang ingatan, apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Alif dapat mengingat semula tentang isterinya Khadijah? Bagaimana pula dengan nasib Khadijah? Adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif dan menerima lamaran orang lain?


Novel Langit Cinta Bab 1 Hingga 18

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9 
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
sumber: ilhamkarangkraf

 Terima kasih kerana membaca Baca Online Langit Cinta Bab 1 Hingga 18

Artikel sebelum ini: Gambar Bruce Jenner Sebagai Caitlyn Jenner

0 comments:

Post a Comment