Selepas Caliph Buskers mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan membuat persembahan memukau di pentas Anugerah Juara Lagu, kini sebuah lagi kumpulan pemuzik jalanan, Genji Buskers pula mencuri tumpuan apabila persembahan mereka ditonton mantan Perdana Menteri, Tun M.

Tun M telah menonton persembahan mereka selama beberapa minit di pusat membeli-belah Avenue K, Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja beliau turut meletakkan wang RM50 kedalan beg gitar yang disediakan.

Genji Buskers meluahkan rasa terharu melalui laman Facebook dan akan meletakkan wang sumbangan Tun M di dalam bingkai gambar sebagai kenangan. 

VIDEO: Tun M tonton persembahan pemuzik jalanan, Genji Buskers





Pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak membuat permohonan maaf melalui akaun Instagram miliknya berhubung lawak 'hitam manis' terhadap Dayang Nurfaizah di pentas Maharaja Lawak Mega malam Jumaat lalu. 

" Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas"

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,” katanya melalui akaun Instagram.


Walaupun Zizan tidak menyebut permohonan maafnya ditujukan kepada siapa, tetapi peminat sudah dapat mengagak ahli kumpulan Virus itu meminta maaf terhadap Dayang Nurfaizah.

Namun, mungkin juga ia ditujukan buat juri MLM, Nur Fazura yang dikhabarkan kurang senang dengan sikap Zizan yang menjawab ketika juri sedang memberikan komen.

Tindakan Zizan seharusnya dicontohi oleh artis lain kerana cepat memohon maaf dan tidak memanjangkan isu.


Artikel sebelum ini: Lisa Surihani Enggan Ulas Isu Mengandung



Aktres jelita, Lisa Surihani enggan mengulas lanjut mengenai berita yang tersebar kononnya beliau sudah mengandung. Meskipun ramai pengikutnya telah mengucapkan tahniah di laman Instagram, Lisa serta suami memilih untuk berdiam diri. 

Jika benar Lisa sudah mengandung tahniah diucapkan, bertia gembira ini ibarat hadiah sempena ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Yusri pada Februari ini.

Artikel terdahulu:  (GAMBAR) David Beckham di Malaysia


Umum mengetahui bahawa bintang bola sepak dunia, David Beckham kini berada di Malaysia untuk mempromosikan produk minuman terbaharu. Seperti biasa, Beckham tampil segak memakai sut dalam satu majlis yang di hoskan pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo.

Jika anda menonton konsert Akademi Fantasia malam tadi, anda pasti perasan ketika Wak Doyok membuat penampilan khas dengan memberikan hadiah sumbangan The Garment Movement kepada Ewal, Zarif, dan Azwan.


Namun, hadiah itu hanya diberikan kepada semua pelajar lelaki kecuali Firman. Ini menimbulkan kemarahan peminat tegar Firman dan menganggap Wak Doyok tidak berlaku adil kepada Firman.

Rata-rata penonton konsert semalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Wak Doyok di laman sosial. 

Walaubagaimanapun, menurut Wak Doyok ini hanyalah gimik semata-mata kerana sewaktu beliau menerjah asrama pelajar lelaki, terdapat sesuatu tentang Firman yang menyentuh hatinya.

"Kita sebenarnya nak buat gimik. Saya ada membuat pemeriksaan di asrama mereka dan Firman telah menyentuh hati saya," katanya. 

Menurut Wak Doyok, dia dan pihak Astro akan membuat kejutan istimewa untuk Firman di dalam akademi nanti.

Kita buat special untuk Firman, bukan di sini, tapi dalam akademi nanti. Beliau turut meminta peminat tidak mengambil hati dengan tindakannya kerana dia telah menyediakan sesuatu yang istimewa buat Firman.




Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar berdepan detik mendebarkan apabila hampir disamun ketika berada di dalam kereta. Cubaan samun itu gagal, dan hanya cermin sebelah pemandu yang mengalami kerosakkan. 

Dira yang berkongsi detikdetik cemas itu melalui laman Facebook miliknya berkata, cermin gelap yang dipasang pada keretanya membantu dalam mengagalkan usaha penyamun itu.


Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.


Entri sebelum ini: Gambar Pernikahan TMJ dan Cik Khaleeda




Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim sah bergelar suami kepada Che Puan Khaleeda setelah dalam satu majlis penuh adat istiada yang berlangsung di Istana Bukit Serene, pagi tadi.

Istiadat akad nkah dilaksanakan oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan dihadiri kaum kerabat Diraja Johor, dan turut kelihatan pemain pasukan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan dan Safiq Rahim. 

Pasangan Diraja ini bakal melangsungkan majlis persandingan pada 8 November ini bertempat di Istana Besar Johor. 

Che Khaleeda Bustaman yang kini bergelar Che Puan menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Seri Gombak dari 2000 hingga 2003, kemudian meneruskan pelajaran di seklah St George's Hanover Square London.

Che Puan Khaleeda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Westminter Academy London dari 2004 hingga 2008 sebelum pulang ke Malaysia pada 2010 dan meneruskan pengajian di Sekolah Sri Utama.

Gambar sekitar majlis perkahwinan TMJ dan Che Puan Khaleeda



 




 Entry terdahulu: Rahsia dan Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim