Selepas Nabil mengumumkan persaraanya dari Maharaja Lawak Mega (MLM), kini giliran Sepahtu pula ingin bersara dari menyertai pertandingan lawak itu.

Artikel berkaitan: Maharaja Lawak Mega Terakhir Buat Nabil

Sepahtu yang dianggotai Shuib dan Jep mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai MLM kerana ingin memberi peluang kepada bakat baru

"Kami ingin memberi peluang kepada yang lain. Kami telah menyertainya sejak edisi pertama, dan mengambil keputusan untuk tidak menyertainya lagi,"

Apa yan pasti peminat Sepahtu bakal merindui gelagat mereka berdua di pentas MLM. Sepahtu merupakan antara kumpulan yang paling konsisten setiap minggu. Selamat maju jaya diucapkan buat Jep dan Shuib.

 

Pelakon dari Singapura yang sedang menempa nama memuat naik sekeping gambar isterinya, Mel, yang telah berhijab.

Isteri Hisyam mengesahkan yang dirinya telah bertudung sepenuhnya semalam.

"Memang benar yang saya telah berhijab sepenuhny. Saya mula memakai tudung semalam ketika bertolak ke Singapura."

Mel memberitahu dia memulakan persapan untuk berhjab sejak Disember lalu dengan membeli tudung dan pakaian yang menutup aurat.

Mel turut bersyukur yang niatnya di permudahkan Allah. Menurutnya, Hisyam sangat gembira dengan dengan perubahan dan imej terbarunya.

Berita ini turut mendapat sokongan peminat Hisyam dengan menucapkan tahniah di laman sosial miliknya.

 

Setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Yusri Abd Halim, berita kehamilan Lisa Surihan benar-benar menggembirakan peminat dan rakan artis.

Artikel berkaitan: Lisa Surihani Sah Mengandung

Apa yang lebih menggembirakan adalah apabila sekeping gambar yang menampakkan baby bump membuatkan peminat teruja.

Gambar baby bump Lisa Surihani yang telah tersebar luar itu mendapat perhatian pengguna laman  sosial. Semoga Lisa dapat menjalani tempoh kehamilan dengan baik dan lancar dan selamat segalanya apabila bersalin nanti. 



Ketika Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) melabuhkan tirainya semalam, pemenang tempat ketiga, Nabil, mengumumkan itu adalah MLM terakhir yang disertainya.

Keputusan Nabil untuk bersara dari Maharaja Lawak Mega adalah kerana ingin memberikan fokus pada bidang lain pula.

"Saya ingin fokus kepada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor lima dan saya rasa sudah tidak ada ruang lagi untuk saya dalam MLM.

Dari awal lagi saya tidak mahu menyertai MLM 2014, tapi selepas bermesyuarat mereka rasakan kemasukkan saya bagus untuk perkembangan karier. Saya sempat menghubungi Datuk AC bertanyakan hal ini dan beliau berpendapat saya merupakan satu-satunya peserta solo dan rancangan ini ditonton berjuta orang, jadi jangan lepaskan peluang.

Nabil juga tidak menyangka akan mendapat tempat ketiga serta wang tunai RM150,000 dan menganggap ini adalah rezeki buat keluarga.

Ramai peminat yang akan merindui lawak jenakan Nabil di petas MLM lepas ni. Semoga Nabil terus berjaya dalam kerjaya selepas ini.



Fara Fauzana dipilih menjadi hos Muzik Muzik musim ke 30bagi menggantikan Scha Alyahya. Pengumuman yang dibuat ketika rakaman episod pertama itu sekaligus menamatkan teka-teki siapa yang bakal menggantikan Scha.

Fara akan bergandungan dengan AG Hot FM, dan keserasian mereka tidak dapat dinafikan lagi setelah bersama dalam program radio Hpt FM.

“Terima kasih TV3 untuk kesempatan ini. Saya dengan AG pun sudah biasa bekerjasama di Hot FM,” kata Fara yang pernah diberi mandat mengacarakan Anugerah Juara Lagu selama empat tahun.

Muzik Muzik 30 bakal bersiaran setiap Sabtu jam 6 petang.

Kami di Nikky News mengucapkan selamat maju jaya buat Fara bersama team Muzik Muzik! 





Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memuat naik gambarnya dengan Nur Fazura sekaligus menutup spekulasi ynag mereka bermusuhan. 

Gambar dengan kapsyen, "Makan Gelak Makan Gelak" itu menunjukkan kemesraan mereka sebagai sahabat.

Ramai beranggapan Zizan memuat naik gambar terbabit untuk menutup spekulasi dia dan fazura bermusuhan berikutan tindakan kumpulan Virus menyampuk ketika Fazura memberikan komen di pentas Maharaja Lawak Mega tempoh hari. 

Artikel berkaitan:  Lawak Dayang Nurfaizah - Zizan Mohon Maaf



Nampaknya drama bersiri Istikharah Cinta yang bersiaran di Slot Akasia Tv3 tu mendapat tempat dihati penonton. Mana tidaknya, setiap kali drama itu bersiaran tidak putus-putus memberikan pendapat di laman sosial.

BACA: Sinopsis Istikharah Cinta
 

Drama yang mengisahkan tiga pasangan suami isteri, namun kisah suka duka percintaan mereka saling berkait antara satu sama lain.

Di terajui Zul Ariffin dan Faye Kusairi ini bakal berakhir, akan TETAPI tidak disiarkan pada hari dan waktu biasa. Sebab tu baru-baru ni Tv3 mengulang tayang salah satu episod. Nak kejar timing gitu. Jadi ini adalah tarikh episod akhir drama Istikharah Cinta.

TARIKH dan WAKTU EPISOD AKHIR ISTIKHARAH CINTA

Jumaat, 6 Februari 2015  
9 malam, di Tv3  
Ditayangkan selama 2 jam berturut-turut

Selamat menonton, kerana minggu depan akan ada drama baru bertajuk Dia Isteri Luar Biasa di Tv3.

Sinopsis Episod Akhir Istikharah Cinta

Taufik (Azizul Ammar) telah menasihatkan Airil untuk berbincang dengan Dr Rizal mengenai status Aiman. Dia tidak mahu nanti Airil menjadi orang yang memisahkan perhubungan seorang anak dan bapa kandungnya yang sebenar. Taufik sememangnya tidak percaya yang Aiman adalah anak Airil.

Dina pula terperangkap dengan ugutan Hanafis yang ingin menyebarkan gambar-gambar lama mereka sewaktu di UUM dahulu. Dina terpaksa menurut kemahuan Hanafis dan membelakangkan Airil. Aiza turut berjumpa Dina dan menyatakan bahawa dia dan Airil akan kembali rujuk dan sanggup untuk menjadi isteri kedua.

Adakah perancangan jahat Aiza dan Hanafis untuk memisahkan Airil dan Dina akan berjaya?