Pengurus Manchestr United, Louis Van Gaal bersedia menjual penyerang Robin Van Persie sekiranya ada kelab yang membida pemain itu.

Ini kerana kontrak Van Persie bersama kelab itu hanya berbaki setahun lagi sebelum terpaksa dilepaskan secara percuma.

Selain itu, Van Persie, 31, sedang mengalami kecederaan dan Van Gaal ingin menggantikannya dengan penyerang Paris Saint-German (PSG), Edinson Cavani.

Prestasi Van Persi merosot selepas mengalami kecederaan buku lali ketika saingan Piala Dunia tahun lalu.

Untuk rekod, pemain kebangsaan Belanda itu hanya menyumbang 18 gol musim lalu sekali gus meletakkan United di tangga ketuju liga.

sumber: www.dailymail.co.uk

Artikel  sebelum ini: Biodata Mia Ahmad
Nama Mia Ahmad mula meniti dibibir peminat drama Melayu apabila diangkat menjadi pelakon utama drama Hati Perempuan yang sedang bersiaran di Slot Akasia TV3. 

Menerima pendidikan di Sekolah Menengah (P) Treacher Methodist, Taiping ini memulakan kariernya sebagai model iklan.


Kemudian, Mia mula mengorak langkah dengan menceburi bidang lakonan bermula sebagai pelakon pembantu.

Bagi yang belum tahu, Mia sebelum ini pernah membintangi beberapa drama hebat seperti Romi Cinta Julia dan Rindu Awak 200%. Kini, Mia mula dikenali selepas memegang watak Yuhanis dalam drama Hati Perempuan.

Siapa perasan yang muka Mia Ahmad ni ada iras Shila Amzah?

Jom tengok penuh Biodata Mia Ahmad

Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Tarikh Lahir: 22 Februari 1988
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama /Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan (2015)

Artikel sebelum ini: Duit BR1M Adalah Kesilapan Besar - Tun M
 
Nampaknya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak henti-henti menyerang cara pemerintahan Datuk Seri Najib dengan mengeluarkan kenyataan pedas.

Terkini, Tun Mahathir menyifatkan pemberian duit Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) adalah kesilapan terbesar kerajaan.

Katanya, pemberian wang BR1M kepada rakyat adalah satu tindakan yang salah dan tidak sepatutnya dilakukan.

"Kerajaan merasakan jika kamu beri wang kepada rakyat supaya mereka sokong kamu.. ini salah,"

"Pemberian BR1M adalah salah dan ia merupakan kesilapan terbesar yang pernah dilakukan kerajaan BN," katanya.

Tun Mahathir menegaskan jika kerajaan memberikan wang, rakyat akan terlalu bergantung dan menjadi materialistik.


Artikel sebelum ini: Benarkan Anak Tunggang Motorsikal Tanpa Lesen, Ibu Bapa di Hukum
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan hukuman terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mengunggang motorsikal tanpa lesen. 

Hukuman di bawak Akta Kanak-Kanak 2001 itu sebagai langkah berjaga-jagakerana banyak insiden dilaporkan melibatkan remaja berusia 16 tahun kebawah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak boleh menerima alasan ibu bapa tidak tahu anak menunggang motorsikal,

"Kita tidak boleh terima alasan ibu bapa tidak tahu nak menunggang motorsikal"

"Sebagai ibu bapa, mereka perlu pantau kerana hal ini melibatkan nyawa anak dan orang lain," katanya.

Pihak PDRM akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan pindaan tersebut.


Artikel sebelum ini: Kalkulator Cara Kira GST Online
Kalkulato cara kira GST online. Rakyat Malaysia telah memasukki fasa baru apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mula berkuatkuasa 1 April lalu.

Peniaga yang memperoleh keuntungan RM500 ribu sebulan akan mengenakan cukai kepada pengguna. 

Namun, bagi mengelak dari ditipu oleh peniaga yang sengaja mengenakan GST, pastikan resit pembelian tertera nombor pendaftaran/ID GST yang sah.

Bagi anda yang ingin merancang pemelian dan mengetahui kadar GST, anda boleh kira kadar itu dengan menggunakan kalkulator pengiraan GST secara online.


Artikel sebelum ini: Rooney Ukir Tatu Liverpool Pada Bahu


Penyerang sensasi Manchester United (MU), Wayne Rooneymengukir tatu burung pasukan Liverpool pada bahu kanannya.

Roone yang juga ketua pasukan MU mendedahkan tatunya selepas 10 hari selepas pasukannya pengalahkan Liverpool 1-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Selain gambar burung yang menjadi lambang pasukan Liverpool, sloga YNWA yang menjadi laungan Luverpool turut tertera pada bahunya.

Menurut laporan Daily Star, Rooney mengukir tatu berkenaan selepas kalah bertaruh dengan rakannya kerana Rooney yakin dia akan menyumbangkan satu gol.


APRIL FOOL! Jenaka ini direka sempena hari April Fool. Jangan stress sangat guys. 

Artikel terdahulu: Pagar Besi di Kubur Arwah Tok Guru Elak Perbuatan Bidaah

Selepas sekeping gambar kubur arwah Tok Guru dipagar dengan pagar besi tersebar di laman sosial, anaknya, Nik Mohamad Abduh tampil menjawab persoalan itu.

Nik Abduh memberitahu, walaupun pagar besi itu dipasang tanpa persetujuan keluarga tujuan pemasangannya adalah baik.

"Tujuannya adalah untuk mengelakkan perbuatan bidaah yang diamalkan oleh beberapa individu  jahil yang datang untuk mendapatkan 'berkat."

Menurut Nik Abduh lagi, pagar besi itu mungkin dipasang oleh anak murid arwah Tok Guru untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Keluarga tidak setuju

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu pemasangan pagar itu tidak mendapat persetujuan keluarga dan ia akan dibuang kelak.

"Kami sekeluarga tidak bersetuju dan akan meletakkan tanda 'sementara' di atas masyalat dan pagar tersebut akan dibuang dalam masa terdekat," katanya melalui laman Facebook, semalam.

Artikel sebelum ini: Aplikasi MyKira GST Untuk Semak Harga Barang