CPUV Nuffnang masuk lagi dalam blog ini. Alhamdulillah. Iklan lain sudah dikreditkan dan datang lagi iklan lain yang bakal terpapar di blog ini.

Pageviews pun semakin stabil dan rezeki semakin murah sejak tukar template ni. Mungkin sebab tu kot iklan Nuffnang asyik masuk je.

Iklan ini datangnya dari restoran terkemuka, TGIF yang sedang mempromosikan Meal For Two.

Memang murah sangat, hidangan untuk dua orang cuma RM45.90 sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.tgifridays.com/


Fahrin Ahmad Nikah 9 Mei. Pelakon dan pengacara bakal melansungkan perkahwinan pada 9 Mei ini. Namun teka-teki siapakah yang bakal menjadi isterinya hanya akan terjawab pada hari akad nikah nanti.

Ramai yang mengatakan aktres Izreen Azminda lah wanita bertuah itu, namun jangkaan itu meleset. Menurut Fahrin, bakal isterinya bukanlah dari golongan selebriti tetap wanita biasa.


"Saya akan bernikah pada 9 Mei ini yang juga merpakan hari lahir saya. Namun buat masa sekarang saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya. Biarlah anda semua lihat pada majlis itu nanti," katanya.

Fahrin memberitahu, beliau mengenali wanita itu sejak tahun lalu dan atas permintaan keluarga, dia terpaksa merahsiakan hubungannya.


"Saya tahu ramai yang terkejut dengan berita ini. Saya terpaksa merahsiakannya atas permintaan keluarga. Walaubagaimanapun, keluarga bakal isteri faham dan menyokong kerjaya saya sebagai seorang pelakon," kata bintang utama Pilot Cafe ini.

Majlis perkahwinan Fahrin dan pasangannya bakal berlansung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Salute dengan tindakan Fahrin ni. Dah nak kahwin baru hebahkan. Tak seperti selebriti lain yang mencanang hubungan sendiri dan akhirnya entah ke mana. 


Artikel sebelum ini: Puteri Baharu Dinamakan Charlotte Elizabeth Diana


Puteri Baharu Dinamakan Charlotte Elizabeth Diana. Paangan Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton menamakan anak kedua mereka, Charlotte Elizabeth Diana. Menurut Istana Kensington, bayi kedua itu akan digelar Puteri Charlotte Cambridge.

Nama itu dipilih sempena gabungan nama bapa William, iaitu Putera Charles, Ratu Elizabeth, dan juga tribut buat mendiang Puteri Diana. Selain itu, Elizabeth juga merupakan nama tengah ibu Kate.


Puteri Charlotte adalah waris keempat takhta Diraja Britain selepas abangnya Putera George.Pengumuman itu dibuat selepas dua hari bayi itu dilahirkan di Hospital St Mary.

Artikel sebelum ini:

Johan Tolak Tawaran Stesen Radio Terkenal. Pelawak, penyampai radio, dan pelakon, Johan (Raja Lawak) terpaksa menolak beberapa tawaran menjadi penyampai radio termasuk dari sebuah stesen radio terkenal.

Johan berkata, dia terpaksa melupakan hasrat itu kerana beliau masih terikat dengan Era FM yang akan berakhir pada tahun hadapan.

"Ya, saya ada menolak tawaran dari beberapa buah stesen radio kerana masih berbaki kontrak dengan Era FM.

Tawaran itu boleh dikatan dari semua stesen radio, tapi saya telah menolak dengan baik," katanya.

Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim31, mengakui beliau mungkin akan berkhidmat dengan stesen radio lain sekiranya sesuai dengan bayaran dan kemudahan yang disediakan.

"Mungkin saya akan pertimbangkan untuk berkhidmat di stesen radio lain, tapi biarlah ia boleh membawa kerjaya saya ke peringkat yang lebih tinggi," kata pemenang Penyampai Radio Paling Popular 2014 ini.

Artikel sebelum ini: Hanez Suraya Kini Hamil

Hanez Suraya hamil anak pertama. Tahniah diucapkan buat pelakon Hanez Suraya kerana telah disahka mengandung. Nampaknya Hanez tidak perlu menunggu lama untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin beberapa minggu lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh adiknya, Hanez Safira melalui laman Instagram miliknya.

Hanez Suraya sendiri belum mengeluarkan kenyataan berhubung berita gembiran itu kerana baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Romie Radin.


Pelakon kontroversi itu sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata sendiri.

Hanez kini memiliki dua orang anak tiri hasil dari pernikahan suaminya yang terdahulu.

Nampaknya rezeki Hanez semakin mencurah curah selepas berkahwin. Apatah lagi beliau bar sahaja mengerjakan umrah dan kini telah berhijab sepenuhnya.

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus Mei 2015. Nama Ustaz Azhar Idrus sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap sesi ceramah ahama pendakwah bebas ini sentiasa dipenuhi orang ramai.

Bagi anda yang ingin mengikuti ceramah agama dan sesi soal jawab UAI ini, anda boleh menghadirkan diri di lokasi berikut.




Najib ucap tahniah kepada William dan Kate. Perdana Menteri Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasangan Diraja Britain yang baru sahaja menyambut cahaya mata kedua mereka, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter miliknya berkata: 

"Tahniah buat Duke dan Duchess atas kelahiran anak perempuan mereka"
Isteri Putera William, Kate Middleton, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.7 kilogram semalam pada jam 8.34 pagi waktu Britain.

William dan Kate tampil dikhalayak ramai bersama bayi kedua buat pertama kali dihadapan Hospital St Mary.

Bayi perempuan yang menjadi pewaris takhta Britain itu masih belum diberi nama.


Artikel sebelum ini:  Biodata Erwin Dawson