RM1000 Terselit pada Wiper Selepas Bantu Wanita Misteri. Peristiwa aneh yang dilalui seorang pelajar IPTA sewaktu berada di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menjadi viral di laman sosial. Kejadian itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (Rn) Temerloh di mana dia didatangi seorang wanita bersama seorang bayi.

Pelajar yang dikenali sebagai Rashidah mendakwa wanita itu seperti dalam kesusahan kerana matanya bengkak menangis.


"Dia merayu mintak pinjam duit. Sebab purse dia hilang, minyak dah habis."
Rashidah pada mulanya sangsi untuk membantu wanita tersebut kerana kebanyakkan kes samun sekarang menggunakan taktik sama untuk menipu mangsa. Tambahnya dia sendiri memerlukan duit itu untuk menguruskan banyak hal seperti baiki tayar, lampu brek, dan servis kereta. Malah, Rashidah cuma mempunyai RM100 di dalam dompetnya.
"Saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun dan pergi dari situ."

"Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yang didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu dan baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni," 
Melihat keadaan bayi itu, Rashidah berasa amat bersalah. Beliau terus mengejar wanita tersebut dan memberikan semua duitnya. Dia pasrah jika ditipu kerana tidak sanggup melihat keadaan bayi itu.

"Rasa tidak sampai hati nak tengok muka anak kecil tersebut dan saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui."
Menurut Rashidah, dia sempat mengambil gambar wanita itu dengan telefon bimbitnya, namun entah kenapa gambar yang dirakam tidak begitu jelas. 

Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening beliau terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan menruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya.
"Saya rasa terkejut, macammana ada duit menyebabkan saya berhenti di tepi highway, alangkah terkejutnya saya apabila terdapat duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000." 
"Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma"


Artikel sebelum ini:
 
Bayi Setahun Terlibat dengan IS. Percaya atau tidak, bayi yang baru berusia setahun juka antara yang terlibat dengan kumpulan bersenjata negara Islam (IS). Pendedahan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Datuk Ik,al Hiham Abdul Aziz. iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah.

Menurut Zahid, mereka yang terlibat dengan IS terdiri dari pelbagai lapisan umur iaitu dari setahun hingga 60 tahun. Zahid yang enggan mengulas lanjut menzahirkan rasa kebimbangannya apabila ia turut melibatkan kanak-kanak.

"“Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan apabila ia turut melibatkan kanak-kanak," katanya.

Tambah Zahid, sehingga 7 Mei, seramai 154 orang rakyat Malaysia dikenalpasti terlibat dengan IS dan kira-kira 91 sudah ditangkap.

Manakala 45 orang masih berada dalam kawasan konflik termasuk 11 yang telah terkorban. 

Risau juga bila kumpulan ini turut melibatkan kanak-kanak. Mereka yang masih belum matang telah diajar untuk memegang senjata dan percaya kepada keganasan. 

sumber: MK

Artikel sebelum ini: Gambar Suami Lana Nordin Peluk Islam



Gambar ketika suami Lana Nordin peluk Islam. Rasanya semua dah tahu yang pelakon kontroversi, Lana Nordin telah pun berkahwin dengan jejaka pilhannya, Daud McKienzie beberapa hari lalu. Suaminya berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan seorang mualaf.

Artikel berkaitan: Gambar Perkahwinan Lana Nordin dan Daud McKeinzie

Daud telah memeluk Islam sebelum mereka berkahwin lagi. Hidaya Center Foundation telah berkongsi detik-detik bersejarah Daud ketika mengucap dua kalimah syahadah. Momen itu turut disaksikan Lana dan rakan rapatnya, yang juga merupakan pasangan popular iaitu, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.


Menurut David, dia telah lama mendalami agama Islam iaitu sejak berada di Timur Tengah beberapa tahun lalu. Beliau akhirnya bersetuju untuk memeluk Islam selepas berkenalan dengan Lana.

Katanya, Lana telah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Difahamkan juga, Lana sebelum ini pernah membawa kenalannya dari Jepun untuk memeluk Islam.
Gambar Perkahwinan Lana Nordin dan Daud McKenzie. Dengan sekali lafaz, pelakon Lana Nordin sah menjadi isteri kepada Daud McKenzie dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. 
Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bakal berlangsung mulai 21 Jun ini.

PT3 dilaksanankan mengikut TIGA jenis instrumen iaitu:
  • Ujian pelbagai instrument (kajian kes) untuk matapelajaran Sejarah dan Geografi.
  • Ujian Lisan (bertutur dan mendengar (bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
  • Peperiksaan/Ujian bertulis melibatkan subjek - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geigrafi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pengajian Islam, Matematik, Sains dan Kemahirah Hidup Bersepadu.
Berikut adalah jadual PT3 bagi tahun 2015





Semoga jadual ini dapat menjadi panduan buat calon-calon yang bakal menduduki PT3 2015 dan juga rujukan untuk para ibu bapa. Semoga berjaya.

Artikel sebelum ini: GAMBAR Sekitar Majlis Akad Nikah Fahrin Ahmad
Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Fahrin Ahmad. Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad yang akhirnya menamatkan zaman bujang beliau. Fahrin kini sah menjadi suami kepada pramugari, Elena Hani Eleas.

GAMBAR Sekitar Majlis Akad Nikah Fahrin Ahmad
















Artikel sebelum ini: Fahrin Ahmad Kini Sah Suami Kepada Pramugari

Biodata Syukri Yahaya. Peminat drama tempatan sudah mula memberi tumpuan terhadap jejaka kacak ini sejak beliau melakonkan watak Ziyad dalam Asam Pedas Untuk Dia. Terbaharu, Syukri membintangi akan drama terbaharu iaitu Dia Isteri Luar Biasa di Slot Akasia.

Syukri atau nama sebenarnya Mohd Syukri bin Yahaya ini mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem Jiwa Taiko. Siapa sangka, langkah memegang watak tambahan dalam filem tersebut berjaya menaikkan namanya sehingga sekarang.


Ramai yang mengatakan, wajah Syukri seiras dengan pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales. Memang ada pun. Hehe!

Jom lihat serba sedikit latar belakang pelakon berbakat ini.

Biodata Syukri Yahaya

Nama penuh Shukri Yahaya: Mohd. Shukri Yahaya
Tarikh lahir: 13 Jun 1988
Umur Shukri Yahaya: 27 tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur


Drama: Asam pedas untuk dia, Juvana, Jika itu Takdirku, Menjinak Ombak, Sahabat, Plan B, Asmara Luna, Antara dia, Dia Isteri Luar Biasa, Ruby, Mahar Cinta Alia, Utusan Ilahi, Bara Jiwa, Perempuan Itu Ibuku dan banyak lagi.

Filem: Jiwa Taiko dan Lari
Artikel sebelum ini: CPUV Nuffnang: TGIF Meal For Two