Sinopsis Chef Ramadan di Tv3. Sempena bulan Ramadan ang bakal menjelang, Tv3 bakal menghidangkan penonton setianya dengan pelbagai drama menarik dan salah satunya adalah drama CHEF RAMADAN. 

Diterbitkan oleh Primeworks Studio, Chef Ramadan diarahkan oleh pengarah berbakat, Along Kamaluddin. Menariknya tentang drama ini, ia menggabungkan komedi dan juga program masakan. Ini dapat membantu penonton dalam mencari resepi untuk dijadikan juadah berbuka.

Chef Ramadan dibintangi pelakon berbakat seperti, Talha Harith, Risteena, Wan Sharmila, Firdaus Gufran, Muntazar Gufran, Fikry, Shamsul Ghau Ghau, Emma Akma, Kuna, Hilal Azman, Zizan Nin, dan Razak Ahmad.


Dramabersiri 24 episod ini bersiaran mulai 8 Jun, setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30pm di Tv3.


Sinopsis drama Chef Ramadan

Mengisahkan Azrin yang nekad untuk belajar mengaji Al-Quran tetapi malu kerana usianya sudah 33 tahun.

Chef Azrin bekerja di sebuah hotel. Dia baru pindah di kawasan perumahan. Di kawasan perumahan itu terdapat tiga sahabat baik yang nakal tapi baik hati iaitu Amin, Han dan Izy.
Menjelang waktu petang, mereka akan belajar mengaji di rumah Ustazah Murni yang cantik. Chef Azrin sebenarnya mahu belajar mengaji tetapi segan kerana usianya sudah lewat. Jadi, Chef Azrin meminta tolong Amin, Han dan Izy mengajarnya. Sebagai balasan, Chef Azrin akan memasak untuk mereka. Selain berhibur dengan gelagat Chef Azrin dan 3 budak cilik, dapatkan juga menu masakan menarik untuk penyediaan juadah berbuka puasa.

Chef Azrin berkawan dengan seorang gadis bernama Munirah. Setiap kawan lelaki Munirah harus diketahui oleh ayahnya. Chef Azrin ke rumah Munirah untuk berbuka bersama keluarga Munirah.

Chef Azrin sebenarnya teringin untuk belajar bersama Ustazah Munirah tetapi ditolak kerana dia hanya mengajar budak-budak sahaja. Jika Chef Azrin benar-benar ingin belajar mengaji, ayah Munirah akan mengajarnya. Akan tetapi, Chef Azrin malu kerana dia tidak tahu tentang asas mengaji.

Keadaan menjadi semakin kelam kabut buat Chef Azrin apabila ayah Munirah mengajaknya berbuka puasa bersama. Sebelum berbuka puasa, ayah Munirah mengajarnya membaca Al-Quran. Tergagap-gagap dia membacanya. Di situlah baru Chef Azrin mengaku yang dia mahu belajar mengaji.

Terima kasih kerana membaca  Sinopsis Chef Ramadan di Tv3.
Pahang Bakal Dilanda Tsunami Adalah Berita Palsu. Dalam kita masih lagi bersedih dengan bencana gempa bumi melanda Sabah tempoh hari, kini muncul pula berita palsu Pahang bakal dilanda Tsunami dalam masa 36jam. Berita ini disebarkan dalam melalui laman sosial mengatakan gempa bumi bakal berlaku di Pahang dan disusuli dengan Tsunami.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan berita tersebut. Pegawai yang bertugas, Zaidi Zainal Abidin menerusi kenyataan itu berkata, khabar angin tentang bakal berlakunya hempa bumi dan Tsunami di Pahang adalah tidak benar.



Jabat itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu kerana ia boleh mencetuskan huru-hara.

Pelik juga dengan rakyat Malaysia ni, suka sangat mencipta berita palsu. Yang tukang baca tu pulak senang-senang je sebarkan tanpa merujuk sumber rasmi. Penyebaran berita bencana ni bukan perkara main-main. Ia boleh menimbulkan suasana panik.

Terima kasih kerana membaca Pahang Bakal Dilanda Tsunami Adalah Berita Palsu.

Artikel sebelum ini: Suami Felixia Yeap Sebenarnya Seorang CEO

Suami Felixia Yeap Sebenarnya Seorang CEO. Felixia Yeap baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka pilihan hatinya, Dr. Reza Khairi Ahmad, minggu lalu. Namun, identiti suaminya tidak didedahkan kepada umum. Seperti biasa, rakyat Malaysia ni memang kepoh jadi mereka buat 'research' siapakah gerangan lelaki bertuah ini.

Rupa-rupanya, Dr. Rezal ini merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada sebuah agensi Nano Malaysia Sdn Bhd. Wow, beruntunglah Felixia dapat bersuamikan seorang dokto falsafah, bukan itu sahaja dia juga merupakan seorang CEO.


Jom kita tengok latar belakang / profil suami Felixia Yeap ni.

Nama Penuh : Rezal Khairi Bin Ahmad
Gelaran : Dr (Doktor Falsafah Phd)
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NanoMalaysia Berhad
Kareer : Bekas Pensyarah UNITEN
Pendidikan : PhD dalam bidang nanotechnology, Electronic/ Electrical Engineering dari London Centre bidang Nanotechnology  dan Master’s Degree dalam bidang Electrical Engineering di Universiti Tenaga Nasional Berhad (Uniten)

Semoga Felixia dan pasangan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Artikel sebelum ini: Hikmah Disebalik Isu GST - Mawar Rashid

Hikmah Disebalik Isu GST - Mawar Rashid. Bekas peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid menyifatkan isu GST yang dihadapinya baru-baru ini mempunyai hikmah tersendiri apabila menerima banyak tawaran berlakon selepas berakhirnya pertandingan itu.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 20, berkata dia tidak mahu memikirkan soal GST itu lagi, tetapi tidak menafikan ia banyak membantu menaikkan namanya.

"Saya tidak mahu bercakap soal itu lagi tetapi kontroversi yang melanda baru-baru ini telah memberi hikmah buat diri saya.

"Sejak perkara itu menjadi viral dan mendapat banyak respon dari pelbagai pihak,Alhamdulillah saya menerima banyak tawaran berlakon," katanya.

Gadis yang berasal dari Kelantan ini bersyukur walaupun menerima dugaan dicemuh warga netizen, Allah membuka pintu rezeki buatnya dengan menerima banyak tawaran berlakon.

- mStar

Artikel sebelum ini: Udang Tiruan Dalam Char Kuey Teow

Udang Tiruan dalam Char Kuey Teow. Baru-baru ni kita dikejutkan dengan Milo tiruan yang dijual di pasaran. Kemudia ada pula yang mendakwa telur tiruan juga turut dijual di sebuah pasaraya terkemuka. Kini, muncul pula udang tiruan yang masukkan di dalam hidangan Char Kuey Teow di Bayan Lepas.

Menurut seorang pelanggan, udang tiruan ini didakwa dijual di dua buah restoran Cina di Pekaka Sungai Dua dan di Kampung Jawa Bayan Lepas.

Pelanggan itu berkata, udang yang dimasukkan dalam char kuey teow itu kelihatan seperti udang sebenar. Akan tetapi udang itu tidak busuk atau rosak selepas dua hari dibiarkan pada suhu bilik. Tambah pelanggan itu lagi, bahan pewarna merah didapati luntur daripada udang itu.

Susah betul bila mula banyak bahan tiruan dijual dipasaran sekarang. Kesian pelanggan yang terpaksa keluarkan duit untuk membeli sesuatu yang disangkakan asli, tetapi ia sebenarnya palsu.

Peniaga tu pulak mengaut keuntungan berlipat kali ganda selepas mengeluarkan modal sedikit untuk membeli udang dan menjualnya dengan harga yang mahal.

Artikel sebelum ini: Nasi Goreng Ahmad Maslan



Nasi Goreng Ahmad Maslan. Timbalan Menteri Kewangan sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila memuat naik resepi nasi goreng yang dimasaknya sendiri tanpa membayar GST di laman Twitter.

Beliau memuatnaik resepi bersama beberapa keping gambar itu untuk mendidik rakyat supaya memasak dirumah bagi mengelakkan cukai GST.

Ahmad di dalam tweetnya menyebut:


"Resepi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak, dan gas memasak. Tiada GST!

Tindakannya itu menyebabkan trending di Twitter. Rata-rata pengguna laman sosial itu mempermainkan Ahmad yang sebelum ini meyakinkan rakyat bahawa GST menguntungkan semua pihak. Tetapi kini mengajar rakyat supaya mengelak dari membayarnya?

Ahmad sebelum ini sering menjadi cemuhan rakyat dan beliau sendiri mengaku bahawa beliau merupakan individu yang paling dibenci rakyat Malaysia selepas perlaksanaan GST.

Artikel sebelum ini: Gambar Perkahwinan Haniz Zalikha dan Hairul Azreen


GAMBAR Majlis Perkahwinan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Tahniah diucapkan buat Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kerana telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada jam 3.40 petang tadi. Majlis akd nikah diadakan dengan cukup meriah di kediaman Hanis di Bukit Jelutong.

Dengan sekali lafaz, Hanis sah bergelar isteri kepada Hairul yang juga seorang pelakon popular. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan oleh Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali.

Hantaran RM91,019.90

Hanis menerima wang hantaran daripada Hairul sebanyak RM91,019.90, yang merupakan simbolik tarikh lahir Hanis pada 9 Oktober 1990. Selain itu, pengantin lelaki turut memberi 11 dulang hantaran dan dibalas 11 oleh pengantin perempuan.

Majlis perkahwinan ini dihadiri keluarga kedua-dua pasangan dan turut dihadiri rakan artis seperti, Diana Danielle, Yasmin Hani, dan Datin Nina Juren.

Gambar Kahwin Hanis Zalikha dan Hairul Azreen











Artikel sebelum ini: Sinopsis Eksperimen Cinta di Tv3